Malaysia Dateline

Tragedi Batang Kali: 12 jam berlalu, sembilan mangsa masih belum dapat dikesan

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan mangsa tragedi tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, masih belum ditemui.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah, tiada perkembangan positif daripada operasi mencari yang tertumpu di Sektor C (Riverview).

“Operasi diteruskan sehingga malam ini, bergantung kepada keadaan cuaca. Jika cuaca tidak mengizinkan kemungkinan operasi akan ditangguhkan dan akan diteruskan semula jam 8 pagi esok,” katanya pada sidang media, hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau turut memaklumkan bahawa pihak polis masih meneliti dua laporan berkaitan mangsa tragedi itu.

“Kami sedang membuat semakan dan meneliti laporan berkenaan. Buat masa sekarang, anggaran mangsa yang hilang masih seramai sembilan orang.

“Jumlah berkenaan kita perolehi daripada pengurus tapak perkhemahan dan kita masih dalam proses memperincikan lagi maklumat terbabit,” katanya lagi.

Baca Juga: Tanah runtuh Batang Kali: Sultan Selangor, Permaisuri hargai pihak terlibat SAR, harap terus bersemangat

Baca Juga: Ayam, telur ayam akan dikawal menjelang Krismas nanti