Malaysia Dateline

Treler muatan besi hempap wanita, anaknya putus kaki serta 12 buah basikal

Sebuah treler muatan besi terbalik di Pasir Putih Kelantan telah menghempap mangsa wanita iaitu penunggang motosikal, anaknya sehingga putus kaki serta 12 buah basikal.

Kejadian yang berlaku di Jalan Kemunting pada jam 9 pagi tadi menyebabkan seorang daripada kanak-kanak itu mengalami putus kaki.

Memetik laporan Astro Awani kemalangan itu berlaku apabila treler yang membawa muatan besi terbalik dan menghempap mangsa, enam buah kenderaan, dua buah motosikal dan 21 buah basikal.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, PBK II Siti Nor Raihan Mohamad Harami berkata kemalangan itu dipercayai berlaku apabila pemandu treler tersebut gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkannya terbalik.

Treler muatan besi terbalik di Pasir Putih hempap wanita, anaknya putus kaki serta 12 buah basikal
Mangsa kanak-kanak cedera parah

Sementara itu, penunggang motosikal yang maut merupakan seorang wanita berusia 30-an manakala kanak-kanak lelaki berusia bawah 12 tahun yang putus di bahagian paha dipercayai anak mangsa yang membonceng motosikalnya.

Kemalangan itu juga melibatkan 21 penunggang basikal dari kumpulan kakitangan Universiti Sains Malaysia (USM) dan Hospital USM Kubang Kerian.

Pun begitu, hanya seorang penunggang sahaja yang dilaporkan mengalami cedera parah manakala seorang lagi cedera ringan.

Dalam pada itu, siasatan awal mendapati treler berkenaan mengalami masalah brek.

Baca juga: 2 persoalan kerajaan perlu jelaskan tentang aset Petronas yang dirampas waris Kesultanan Sulu