Malaysia Dateline

Tuan Ibrahim pilih Khairuddin, isyarat sedia pecah tradisi ambil alih tempat Presiden

Jarang berlaku seseorang yang tidak berada dalam parti atau menjadi ahli parti dilantik memegang jawatan utama bukan eksekutif dalam sebuah lembaga atau syarikat milik kerajaan. Apa lagi kalau jawatan itu diperuntukan kepada orang politik.

Jawatan di syarikat atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) diberikan kepada orang politik sebagai menghargai jasa dan perngorbanan mereka. Syarat utama untuk ditempatkan di situ, seseorang itu mesti orang kuat parti atau setidak-tidaknya ahli parti.

Misalnya, kalau lembaga atau syarikat itu di bawah sesuatu kementerian, yang dilantik itu tentu mereka yang sama parti dengan memterinya. Biasanya orang dipercayai oleh menteri itu.

Bagaimanapun, apa yang berlaku di Kementerian Air dan Alam Sekitar yang mana menterinya Tuan Ibrahim Tuan Man yang merupakan timbalan presiden Pas, ada sedikit kelainan dan keberanian.

Pengerusi Lembaga Pengarah (DOB) syarikat Pengurusan Aset Air Berhad di bawah KASA merupakan seorang yang tidak sama parti atau berparti dengan Tuan Ibrahim. Orang itu ialah Khairuddin Aiman Razali.

Ini sedikit menghairankan kenapa Tuan Ibrahim melantik ahli parlimen Kuala Nerus itu mengetuai DOB syarikat berkenaan sedangkan Khairuddin bukan lagi ahli Pas.

Bekas menteri Perusahaan, Peladangan dan Komoditi itu telah mengumumkan untuk keluar Pas seketika setelah beliau dua kali dipecat dalam Pas.

Atau apakah Khairuddin sudah rujuk semula kepada Pas? Kerana kelainan daripada amalan biasa itulah ia menyebabkan pelantikan itu agak pelik sedikit.

Atau pun Tuan Ibrahim menggunakan kuasa mutlaknya sebagai menteri mengambil tanggungjawab dengan pelantikan Khairuddin itu tanpa menghiraukan perasaan bossnya.

Khairuddin Aman RazaliĀ 

Dalam melihat kes ini seperti Tuan Ibrahim berani membuat sesuatu keputusan di luar amalan parti.

Apakah ia juga merupakan mesej bahawa timbalan presiden Pas itu tidak begitu senang dengan tindak tanduk presiden Abdul Hadi Awang yang telah memecat Khairuddin daripada jawatan Setiausaha Majlis Syura dan juga jawatankuasa kerja Pas tempoh hari?

Jika maksud pelantikan itu bermaksud begitu, ia menunjukkan Tuan Ibrahim sudab reti dan tahu menggunakan kuasa mutlak dimilinya dan tidak lagi takut dan malu alah kepada tuan presideng.

Ia sikap positif. Dengan pelantikan Khairuddin itu juga boleh disifatkan Tuan Ibrahim sedia memecah tradisi dalam prosesnya mengambil alih tempat presiden.

Baca Tuan Ibrahim sindir Hadi yang jinak dengan Umno?

Baca Wanita kongsi lima sebab kena dengar cakap tuan rumah apabila pergi beraya