Malaysia Dateline

Tubuh 3 ‘task force’ tapi kerajaan semakin gagal atasi inflasi

Kerajaan sedia ada semakin gagal walaupun mereka telah menubuhkan 3 badan ‘task force’ dengan tujuan untuk menangani masalah inflasi dalam negara.

Naib Presiden AMANAH, Dato’ Mahfuz Omar berkata, dua ‘task force’ yang ditubuhkan sebelum ini juga gagal dan tidak berperanan, kini mereka bersetuju pula untuk menubuhkan satu lagi badan bagi menangani inflasi iaitu Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi.

“Kelemahan kerajaan begitu ketara setelah mereka gagal menangani kenaikan harga barangan serta juga inflasi walaupun mereka yang telah menenaikkan harga ayam dan mereka jugalah yang mengumumkan jihad bagi mengatasi inflasi.

“Apakah perlunya kerajaan menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani inflasi lagi sedangkan dua lagi badan yang sama telah pun mereka tubuhkan sebelum ini iaitu, Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara dan juga Majlis Pemulihan Negara tetapi tidak dapat berfungsi dengan baik.

Mahfuz Omar

“Kalau ‘task force’ sebelum ini pun tidak mampu menampakkan kesan maupun perubahan bagi mengatasi masalah inflasi tersebut, apa lah pula fungsi penubuhan sebuah lagi ‘task force’ seumpamanya sedangkan tiada kelihatan hasil positif dari penubuhan dua ‘task force’ sebelum ini, ” ujar beliau selepas Konvensyen AMANAH Negeri Perak pada 3 Julai 2022.

Tambah beliau, kerajaan sedia ada umpama kerajaan ‘Pak Lawak’ dimana ia yang menaikkan harga ayam, dia pula yang melancarkan jihad bagi menangani inflasi tersebut.

Hadir sama ialah Pengerusi AMANAH Perak, Datuk Asmuni Awi serta barisan kepimpinan AMANAH dan Pakatan Harapan negeri Perak.

Baca juga: Pelik! Kerajaan Terengganu masih takut hadapi suara rakyat selepas 5 tahun memerintah

Baca juga: Bapa terkedu lihat anak dan cucu berlumuran darah, menantu bogel naik motor