Malaysia Dateline

Tular gambar ustazah Asma dengan Nurul Zahid, netizen pakat kata ‘ok faham dah’

Ramai memberi reaksi agak sensitif apabila ada individu yang mempunyai ‘nama’ yang baik seolah menyebelahi bekas pemimpin negara yang baru sahaja dijatuhkan hukuman bersalah dan dimasukkan ke penjara.

Mereka melihat, individu yang selama ini terlihat berkecuali dari isu politik dan mempunyai imej yang baik, tidak seharusnya membicarakan isu politik terutama tentang pemenjaraan Najib Razak kerana ia merupakan satu isu yang sensitif bagi kebanyakan rakyat.

Antara yang terpalit dengan kecaman netizen adalah pendakwah bebas Ustazah Asma’ Harun. Ustazah Asma baru-baru ini meluahkan rasa kecewa apabila dikatakannya umat Islam seolah menghina sesama sendiri di media sosial dengan ayat yang keterlaluan kepada orang yang sedang ditimpa musibah.

Ia merujuk kepada keadaaan terkini Najib Razak yang dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta atas penyelewengan dana SRC International.

Selepas teguran dititipkan, ramai juga memberi reaksi kurang senang kerana mereka beranggapan ia seolah menyebelahi bekas perdana menteri itu.

Mereka berpendirian bahawa ia bukanlah satu kegembiraan di atas kejatuhan orang lain, tetapi kegembiraan selepas bertahun lamanya menegakkan keadilan menjatuhkan pemimpin yang tidak amanah dalam menguruskan wang rakyat.

Selepas insiden itu, tular semula gambar Ustazah Asma dengan Nurul Zahid yang pada asalnya telah dimuatnaik pada 18 Ogos lalu. Gambar tersebut disebar semula di media sosial dan ada yang berkata, “Okay, faham dah”, merujuk kepada sebab mengapa Ustazah Asma seperti menyebelahi Najib.

Susulan itu, ada seorang pengguna Facebook yang menggunakan akaun Mohd MohdSafuan, mengutarakan dua teguran kepada ustazah Asma atas apa yang sedang berlaku ketika ini.

Dia tertanya mengapa ustazah Asma memilih untuk menegur rakyat yang gembira selepas keadilan berjaya ditegakkan dan keraguan berjaya dibongkarkan melalui prosiding mahkamah dunia

Dia juga mengutarakan pertanyaan mengapa sehingga sekarang ustazah Asma tidak menegur pemimpin-pemimpin yang telah disabitkan kesalahan di mahkamah atas kesalahan melibatkan seleweng harta awam (rasuah, pengubahan wang haram dan penyelewengan kuasa.

.

Baca juga: Penjawat awam rugi hampir setengah juta ringgit diperdaya scammer pejabat pos

Baca juga: Lelaki cerita pengalaman masuk penjara Kajang, ‘Sangat gelap, boleh murung, macam ada aura tak selesa’