Malaysia Dateline

Tular masuk ladang UPM percuma, Farm Fresh tampil menjelaskan perkara sebenar

Susulan tular ‘posting’ beberapa hari lalu mengatakan ladang Farm Fresh di Universiti Putra Malaysia (UPM) diberi masuk secara percuma, hari ini Farm Fresh sendiri tampil menjelaskan perkara sebenar.

Pihak Farm Fresh memaklumkan bahawa maklumat yang sedang viral itu adalah tidak benar dan posting-posting berkenaan bukan dari pihak Farm Fresh sendiri.

Melalui laman Facebook Farm Fresh, mereka menjelaskan keadaan sebenar bagi mengelakkan kekeliruan.

“Kami ingin memaklumkan bahawa ladang kami masih belum dibuka secara rasmi. Namun begitu, kafe kami The Acre by Farm Fresh telah mula dibuka dengan tempahan meja sahaja.

Viral masuk ladang UPM percuma, Farm Fresh tampil menjelaskan perkara sebenar
Gambar ladang Farm Fresh di UPM yang sedang viral

“Berita baik untuk semua, kerana kafe kami terletak di dalam kawasan ladang, sesiapa yang makan akan turut dapat menikmati suasana ladang kami,” tulis Farm Fresh.

Bagaimanapun Farm Fresh turut memaklumkan kepada orang ramai untuk membuat tempahan meja di kafenya The Acre by Farm Fresh dengan menempah di https://www.ticket2u.com.my/event/27374.

“Tiada lagi ‘walk-in’ dibenarkan masuk untuk makan di kafe. Untuk semua yang hanya ingin melawat tanpa makan di kafe kami, pihak kami telah membuat keputusan akan terdapat kadar caj seperti berikut:

RM25 untuk dewasa
RM20 untuk warga emas atas 60 tahun RM15 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun
PERCUMA untuk kanak-kanak di bawah 6 tahun

“Walk-ins” dibenarkan untuk sesiapa yang hanya melawat ladang. Tiket boleh dibeli apabila sampai di ladang kami nanti.

“Waktu operasi: 10am-10pm (last call makan malam 8.30pm) Tutup pada hari Isnin,” katanya lagi.

Tular masuk ladang UPM percuma, Farm Fresh tampil menjelaskan perkara sebenar
Maklumat yang tular memaksa pihak Farm Fresh tampil menjelaskan perkara sebenar

Terdahulu, beberapa ‘posting’ telah dikongsi netizen di media sosial menyatakan;

“Tempat viral yang semakin popular ni terletak di Seri Kembangan je guys. Masuk adalah percuma!! Dari 5 April hingga 1 Mei, korang boleh makan berbuka puasa bufet dekat sini sambil berkelah dan melihat pemandangan taman yang hijau.

“Selain tu, terdapat juga beberapa aktiviti lain antaranya dekat sini mempunyai haiwan ternakan seperti lembu. Paling best korang juga boleh merasai teh susu dan ais krim yang semuanya dibuat dengan Ladang segar Susu segar Farm Fresh”.

Baca juga: Selepas 30 tahun beroperasi, McDonald’s rasmi tutup di Rusia

Baca juga: Isu agihan beras: Ketua Pembangkang Johor jawab dakwaan Onn Hafiz