Sebuah poster undangan perkahwinan tular di media sosial apabila undangan berkenaan agak lari dari konsep walimatul urus yang sebenar kerana menetapkan bayaran bagi tetamu yang ingin hadir ke majlis berkenaan.
Nak datang kena bayar RM50 seorang, ustaz tegur apa hukum buat undangan kahwin bersyarat
Menerusi undangan yang tersebar, pasangan pengantin menetapkan agar tetamu yang hadir perlu membayar sejumlah RM50 bagi tiket masuk ke dewan majlis, dan RM50 untuk makanan buffet.
Poster tersebut selain mengundang perdebatan netizen kerana ianya hanyalah satu parodi dan jenaka sahaja, namun ia juga menarik perhatian agamawan berkenaan hal itu.
Seorang ustaz yang dikenali sebagai Ahmad Fadhil NorRozaman tampil memberikan penjelasan dengan mengatakan sekiranya ianya benar-benar berlaku, majlis tersebut telah bercanggah dengan niat sebenar ia diadakan.
Dia berkata, majlis perkahwinan dibuat untuk meraikan pasangan pengantin yang baru diijab kabulkan, namun ia tidak boleh memaksa tetamu untuk menghadirinya apatah lagi dengan menetapkan pemberian wang atau hadiah.
“Kalau ia betul-betul berlaku maka ia salah konsep walimah yang sebenar. Walimah (majlis) perkahwinan adalah untuk meraikan pasangan pengantin yang baru diijab kabul.
“Sebagai tanda kesyukuran. Namun walimah bukan memaksa orang datang. Tetapi orang yang membuat walimah memberi makan kepada semua orang bagi menyatakan kesyukuran. Tiada paksaan untuk memberi wang atau hadiah.
“Sejahat walimah adalah walimah yang hanya mengundang orang kaya dan meninggalkan orang fakir miskin. Jadi rancanglah walimah dengan baik.
“Orang yang hadir walimah pula perlu menjaga etika juga ya,” tulisnya di Twitter.
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan teguran tersebut dan ada yang menambah jika konsep tersebut tetap diteruskan, ia sudah jatuh hukum haram.
“Konsep yang macam ini lah yang jatuh hukum haram. Sebab dia tentukan kadar berapa ringgit seorang. Konsep yang sebenar tak pelu kisah berapa orang nak bagi,” tulis pengguna Twitter.
Baca juga: Lain macam dia punya ikhlas, netizen geli hati lihat meja pun boleh jadi ‘mangsa’
Baca juga: Kanak-kanak melecur lepas makan ‘ice smoke’, punca percikan api masih tidak diketahui