Malaysia Dateline

Tular semula rakaman lima tahun lepas, van putih dah ‘standby’ buka pintu untuk culik budak tapi tak berjaya

Akhir-akhir ini rakyat dikhabarkan dengan kejadian penculikan kanak-kanak oleh sekumpulan sindiket pemerdagangan manusia yang semakin berleluasa dalam negara. Sebelum itu, kecoh pula tentang seorang ejen kosmetik yang diculik dan dibawa ke Thailand (kini sudah diselamatkan).

Kejadian ini telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa. Sejak kelmarin juga, tular semula satu rakaman litar tertutup (CCTV) dari sebuah kediaman yang memaparkan situasi seorang kanak-kanak hampir diculik sekumpulan orang jahat yang menaiki van putih.

Dari rakaman berkenaan, seorang kanak-kanak lelaki dilihat menunggang basikal seperti baru sahaja pulang dari sekolah. Kanak-kanak itu menuju ke rumahnya dan ingin membuka pintu pagar.

Bagaimanapun selepas menyedari sebuah van putih yang bergerak ke arahnya, kanak-kanak itu terus berlalu dengan basikalnya dan bergerak ke tempat lain menjauhi van putih tersebut.

Dapat dilihat, van tersebut bergerak dalam keadaan separuh pintunya terbuka.

“Sila lihat CCTV. Budak yang naik basikal tak jadi masuk pagar rumah. Sebab nampak van dah siap tunggu.

“Cubaan culik Zharif depan rumah hati-hati semua ya mana-mana anak yang sedang menguruskan diri sendiri. Van dah tunggu 5 minit elok Zharif sampai dia mula gerakkan van mujur Zharif curiga lari ke simpang yang ada orang ramai,” tulis individu yang memuatnaik video berkenaan pada 2017.

image 4
image 5

Baca juga: Alasan terlalu lama tunggu-Pengguna motosikal paling ramai langgar lampu isyarat

Baca juga: Tidak tahu apa motif, lelaki melintas jalan dan pura-pura dilanggar