Malaysia Dateline

Tuntut naik gaji sebab inflasi melonjak – Jururawat mula undian mogok terbesar lebih 100 tahun

Lebih 300,000 ahli kesatuan kejururawatan terbesar Britain mula mengundi semalam, susulan mogok menuntut kenaikan gaji seiring lonjakan inflasi.

Lapor Reuters, undian terbesar dalam sejarah penubuhan 106 tahun Kolej Kejururawatan Diraja itu terpaksa dilakukan susulan potongan gaji menghalang orang ramai menyertai Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) dibiayai kerajaan.

Halangan itu menyebabkan jurang besar kakitangan di seluruh perkhidmatan di United Kingdom (UK).

Menurut Setiausaha Agung dan Ketua Eksekutifnya, Pat Cullen, pihaknya kekurangan kakitangan, nilai dan gaji dan menyifatkan profesion mereka dianaktirikan sekaligus memberi kesan kepada keselamatan pesakit.

Kesatuan itu berkata, ia mahu kenaikan gaji sebanyak lima peratus berbanding inflasi bagi mengatasi potongan gaji jangka sebenar, ketika ahlinya bergelut menangani lonjakan kos sara hidup yang melambung tinggi.

Jelasnya, menerusi gaji inflasi itu, pekerja tidak mampu meneruskan atau menyertai profesion berkenaan, selain menjelaskan ‘penjagaan pesakit berisiko’ disebabkan ribuan pekerjaan kejururawatan tidak diisi di seluruh Britain.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Kesihatan dan Penjagaan Sosial kerajaan berharap jururawat akan mempertimbangkan dengan teliti kesan sebarang mogok terhadap pesakit.

“Kami menghargai kerja keras jururawat NHS dan sentiasa menyokong mereka,” jelasnya sambil menyatakan kenaikan gaji sebelum ini sudah diberikan kepada sektor itu.

NHS yang menyediakan penjagaan kesihatan percuma sejak 1948 menghadapi krisis tunggakan kakitangan paling teruk bagi penjagaan.

Baca juga ‘Doktor sendiri pun pelik mengapa kaki boleh membengkak sebesar ini’ – Sakila mohon bantuan jalani pembedahan

Baca juga JKM mohon bantuan kesan ibu bapa Ayyash