UK mulakan polisi kerja 4 hari seminggu dengan gaji penuh. Malaysia bila lagi?

Oleh NASUHA RAHMAN

United Kingdom (UK) telah memulakan polisi baru bekerja 4 hari seminggu dengan memberikan gaji penuh selama tempoh percubaan iaitu 6 bulan. Malaysia bila lagi?

Usaha itu merupakan projek perintis yang melibatkan 3,300 pekerja daripada 70 syarikat, lapor CNN.

Hanya dengan matlamat untuk mengekalkan produktiviti syarikat walaupun tempoh bekerja kurang daripada seminggu bahkan pekerja pula menerima gaji yang penuh.

Di Malaysia cadangan untuk melaksanakan kerja empat hari seminggu masih perlu diperhalusi dan dibincangkan dengan lebih teliti.

Cadangan itu juga mungkin sesuai dengan beberapa industri sahaja dan tidak boleh menyeluruh kepada semua pekerja pelbagai sektor di negara ini kerana dikhuatiri memberikan kesan negatif kepada pekerja seperti pemotongan gaji, elaun dan lain-lain.

UK mulakan kerja 4 hari seminggu dengan gaji penuh. Malaysia bila lagi?
Datuk Seri Salahuddin Ayub

Naib Presiden AMANAH yang juga Ahli Parlimen Pulai Datuk Seri Salahuddin Ayub turut menyokong polisi kerja 4 hari seminggu.

Katanya, memperkenalkan polisi bekerja empat hari seminggu adalah salah satu inisiatif yang sangat baik, agar dapat selari dengan Indeks Negara Bahagia.

“Beberapa syarikat di negara-negara tertentu seperti New Zealand dan Sweden telah mula memperkenalkan polisi ‘4 Day Work Week’ dan telah terbukti memberikan kesan yang sangat positif terutamanya dari segi ‘work-life balance’.

Namun katanya konsep produktiviti pekerjaan di Malaysia diukur melalui tempoh jam bekerja.

“Tetapi hakikatnya, produktiviti bekerja bukanlah terletak pada tempoh atau jumlah jam bekerja, namun pada hasil dan output daripada pekerjaan yang dilakukan,”ujarnya.

Beliau turut memberi tiga alternatif yang boleh dicadangkan untuk jaminan kehidupan dan pekerjaan yang lebih seimbang iaitu;

1. Memperkenalkan dasar bekerja 4 hari seminggu, atau

2. 5 hari bekerja seminggu, tetapi 1 hari daripadanya adalah Bekerja Dari Rumah (BDR), atau,

3. Mengurangkan/ menyingkatkan tempoh waktu bekerja harian

Sehubungan itu, Pengurus Jenama sebuah kilang di London, Sienna O’Rourke memberitahu CNN, objektif pengenalan sistem bekerja empat hari seminggu itu antara lain dibuat bagi meningkatkan kesihatan mental pekerjanya.

UK mulakan polisi kerja 4 hari seminggu selama 6 bulan sebagai tempoh percubaan

“Pandemik membuatkan kami banyak berfikir mengenai kerja dan cara orang mengatur kehidupan mereka.

“Kami melakukan ini untuk meningkatkan kehidupan kakitangan dan ia menjadi sebahagian daripada perubahan progresif di dunia,” katanya.

CNN turut melaporkan, Iceland dikatakan negara yang memperkenalkan sistem bekerja yang jauh lebih pendek dalam tempoh seminggu.

Percubaan itu menunjukkan tiada penurunan produktiviti dalam kalangan peserta dan peningkatan dramatik dalam kesejahteraan pekerja.

Strategi memendekkan waktu bekerja itu ternyata mendapat sambutan yang menggalakkan sejak beberapa tahun ini melibatkan beberapa buah negara.

Baca juga: “Hak wanita semakin mundur” – Amber Heard balas lepas dapat tahu Johnny Depp buka akaun TikTok

Baca juga: Pengantin lelaki gugup sampai tersasul mas kahwin RM500 juta