Malaysia Dateline

Umno guna Mat Kilau bantu kempen jentera BN menjelang PRU15

Datuk Adi Putra yang memegang watak Mat Kilau dalam filem epik Melayu akan membantu jentera Pemuda BN di negeri-negeri menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melalui kenyataan di Facebook hari ini.

Katanya, hero filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan akan membantu jentera Pemuda BN untuk berkempen ke setiap negeri menjelang PRU nanti.

“Menerima kunjungan Hero Mat Kilau pelakon tersohor yang juga merupakan sahabat saya Dato’ Adi Putra.

“Banyak perkara dibincangkan termasuk cabaran mempelbagaikan pendekatan mencanai nilai patriotisme dikalangan anak-anak muda masa kini,” katanya.

Umno guna Mat Kilau bantu kempen jentera BN menjelang PRU15

Asyraf berkata, hikmah meletopnya filem Mat Kilau banyak membuka mata anak-anak muda untuk menelaah sejarah tanahair dengan penuh penghayatan.

“Adi Putra juga telah diangkat menjadi ikon Pemuda BN Selangor.

“Beliau tak dapat bersama dalam Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN baru-baru ni kerana berada di Tanah Suci.

“InsyaAllah beliau bersedia lapangkan masa untuk bantu jentera Pemuda BN di negeri-negeri menjelang PRU-15 nanti,”katanya lagi.

Beliau turut berkongsi dua keping gambar pertemuan di pejabatnya di Kuala Lumpur termasuk salah satu gambar menunjukkan Adi Putra menerima baju Pemuda BN.

Baca juga: Siapa tokoh ulama Dr Yusuf Al Qaradawi? Hafal 30 juzuk di usia 9 tahun selepas 7 tahun yatim piatu

Baca juga: Pernah kecoh kes talak tiga, Firdaus Wong jadi saksi Ebit Lew