Malaysia Dateline

Usahawan yang patut dicontohi, Aeril terima plat penghargaan lepas tunai zakat RM50,000

Lembaga Zakat Selangor memberi penghargaan kepada Selebriti terkenal, Aeril Zafril kerana menunaikan zakat sebanyak RM50,000 tahun ini.

Menerusi perkongsian di Facebook Lembaga Zakat Selangor, agensi itu mengucapkan terima kasih kerana Aeril antara usahawan yang terus menyokong dan membantu asnaf di negeri itu.

“Alhamdulillah! Terima kasih Aeril Zafrel kerana terus menyokong membantu asnaf di Selangor.

“Jom sama-sama kita doakan moga harta beliau terus subur untuk bantu mereka yang memerlukan,” kata LZS.

Perkongsian LZS mendapat perhatian orang ramai yang memuji sikap Aeril dan ada yang berkata Aeril adalah antara usahawan yang patut dijadikan contoh atas sikap yang ditunjukkan.

Ada yang menganggap, apa yang ditunjukkan Aeril dapat memberi kesedaran kepada orang lain di Malaysia ini akan tanggungjawab sesama umat Islam.

“Ada orang kata menunjuk-nunjuk. Tapi pada saya itu bukan menunjuk tapi lebih kepada memberi motivasi dan kesedaran kepada orang-orang kaya kat Malaysia ni akan tanggungjawab sesama muslim. Biasa kalau ada benda-benda macam ini nanti ramai lah yang ikut,” tulis seorang pengguna Facebook.

Meninjau ruang Instagram Aeril, pelakon itu turut memuat naik gambar bersama plat yang diterimanya.

“Alhamdulillah dapat penghargaan daripada pusat zakat selangor untuk tahun ini. Mari ramai-ramai kita tunaikan kewajipan,” tulisnya di kapsyen.

Sebelum ini dilaporkan, Aeril berniat untuk menunaikan zakat sebulan sekali untuk zakat perniagaannya berbanding setahun sekali.

Dia juga ada memuat naik gambar di pejabat zakat bagi menunaikan kewajibannya itu.

Baca juga: Kalau tak nak Anwar, bukan khemah besar lagilah – Khalid kepada Marzuki

Baca juga: Ramai pilih korban luar negara: ‘Dulu di masjid 20 ekor lembu hari ini cuma 3 ekor’