Video Sultan Brunei pandu sendiri kereta sambil bawa Anwar di sebelah curi tumpuan ramai

Oleh KIM SYAZIE

Video Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, berkenan memandu sendiri kereta sambil membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Putrajaya tular di media sosial.

Momen jarang berlaku itu menarik perhatian ramai yang membuatkan mereka merasa bangga selain mengakui Anwar mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin-pemimpin antarabangsa.

Kedua-dua pemimpin itu dilihat berborak bersama saat Anwar menyambut keberangkatan tiba Sultan Hassanal Bolkiah serta delegasi Brunei yang selamat mendarat di Pangkalan TUDM pada 11.40 pagi.

Mereka memulakan perjalanan kira-kira 11.45 pagi, Anwar yang duduk bersebelahan Sultan Hassanal Bolkiah, sempat melambaikan tangan ke arah pengamal media.

Sementara itu meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh melihat situasi tersebut selain mengharapkan moga Malaysia terus maju bersama negara-negara Islam lain.

Pada masa sama, satu komen ditinggalkan berharap agar Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbiran Anwar tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak.

Baca juga: Dinobat juara GV9, Jaclynn Victor berhasrat mahu serahkan RM100,000 kepada dua anaknya

Baca juga: Tak sedar ada CCTV, remaja leka buka dan kira wang tabung masjid sebelum curi