Malaysia Dateline

‘Waktu banjirlah peruntukan senang lulus!’ – Rakyat sindir kalau PRU15 dibuat musim bah

Tinjauan Malaysia Dateline mendapati rata-rata rakyat menolak sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berlangsung musim banjir selain sindiran kononnya peruntukan senang lulus.

Reaksi orang ramai itu susulan kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap di majlis pelancaran Jentera Pemuda BN di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, 17 September lalu bahawa BN sanggup meredah banjir dan hujan lebat jika PRU15 diadakan tahun ini.

Aisey bro, waktu banjirlah peruntukan senang lulus, bilion kacang je.. kalah menang lain cerita.

“Kalau menang boleh kumpul lagi. Kalau kalah boleh bercuti kat oversea untuk menyusun strategi,” perli seorang warganet.

Tidak kurang juga berpendapat desakan supaya PRU15 diadakan segera terutama daripada pemimpin yang berdepan kes mahkamah dilihat bermotifkan kepentingan diri.

“Yang penting bagi mereka yang ada kes makkhamah nak lepaskan diri,” tulis Adnan Abdullah.

Netizen turut menyifatkan orang politik yang tidak menyempat mahu PRU15 segera diadakan sebenarnya kontang nilai kemanusiaan.

“Nilai kemanusiaan dah tiada. Mereka nampak nilai Putrajaya dan duit negara,” tempelak H Hilmiy pula.

Sehubungan itu, ramai berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak melayan desakan supaya PRU15 diadakan pada tahun ini dengan mengutamakan kepentingan rakyat yang bergelut dengan risiko bencana alam.

Ismail pada 17 September lepas dilaporkan berkata tarikh pembubaran Parlimen akan diumumkan tidak lama lagi untuk memberi laluan kepada PRU15.

Baca juga PRU di musim banjir: Umno sudah terpisah jauh dari realiti kehidupan rakyat, kata Rafizi

Baca juga Terkilan rakan minta sijil kematian adik, lelaki kongsi sebagai peringatan