Malaysia Dateline

Walau ada yang boikot ‘cancel Syamsul’, filem Mat Kilau tetap berjaya, kalah filem Hollywood

Ekoran konflik rumah tangga pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof, terdengar ada yang mahu memboikot artis itu dan filem yang baru ditayangkannya semalam.

Syamsul menerusi kemaskini di Instagram berkata, walau segelintir pihak ingin memboikot filem dah memboikot dirinya, beliau tidak akan takut.

Beliau melabelkan orang yang ingin memboikotnya sebagai iri dengan kejayaan Allah berikan dan mengingatkan mereka bukanlah tuhan yang boleh menentukan kejayaan orang lain.

“Walau segelintir pihak ingin memboikot filem dah memboikot saya dengan slogan ‘lets cancel syamsul yusof’, dan iri dengan kejayaan dari Allah, namun mereka lupa mereka bukanlah tuhan.

“Aku hanya bergantung pada mu yang satu ya Rabbi. Tiada yang lain. Engkaulah tuhanku ya Allah. Maha pemberi rezeki. Aku redha,” katanya.

Dalam perkongsian sama di akaun Instagram, Syamsul turut memuat naik tangkap layar sebagai bukti karyanya mendapat sambutan pada hari pertama dityangkan.

Beliau memaklumkan, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan menjadi filem tempahan tiket tertinggi sebelum tayangan.

“Setakat ini pawagam memaklumkan Mat Kilau menjadi filem tempahan tiket tertinggi sebelum tayangan mengalahkan filem Hollywood dan filem negara asing.

“Abang dah cakap, pengkarya Malaysia mampu. Just keep going make a good film for the mass market,” ujarnya.

Filem Mat Kilau yang menelan kos RM8 juta sudah mula ditayangkan sejak semalam di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

Baca juga: “35mm cuma diarah oleh penjual air balang”- Filem kedua dibandingkan dengan Mat Kilau, ini jawapan Syahmi

Baca juga: Lelaki Belanda fasih banyak bahasa tewas di tangan ‘Mek Kelate’, bayar RM92.50 sebab terteka bahasa Indonesia