Malaysia Dateline

Walau gemuk gedempol, wanita ini singkap rahsia kenapa ahli sumo sihat

Melihat fizikal ahli sumo gemuk gedempol ramai yang menyangka ada banyak penyakit hakikatnya mereka mempunyai lemak di bawah kulit bukannya di organ.

Bahkan mereka berbadan besar tetapi secara metaboliknya mereka sihat dan rendah risiko daripada penyakit berkaitan obesiti macam sakit jantung, strok dan sebagainya.

Macam mana mereka menjaga pemakanan, wanita Malaysia yang menetap di Jepun Zunita Ramli mendedahkan aktiviti mereka setiap hari.

Menurut Zunita, ahli sumo berbeza dengan orang obesiti biasa di mana lemak pemain sumo tidak berada di organ macam lemak yang selaputi jantung, buah pinggang, pankreas, hati dan sebagainya, tapi sebaliknya lemak pemain sumo ni berada di bawah lapisan kulit sahaja.

Lemak dekat sekeliling organ ni yang bahaya sebenarnya bahkan, kadar kolesterol pemain sumo ni pun rendah.

Tapi macam mana lemak pemain sumo boleh berada dekat bawah kulit je dan bukan di kawasan organ?

Walau gemuk gedempol, hakikatnya ahli sumo sihat pelihara lemak bawah kulit bukan di organ
Makanan ahli sumo chankonabe, stew yang penuh dengan sayur dan daging.

“Walaupun pemain sumo kena makan paling kurang 7,000 kalori setiap hari, lebih 3 kali ganda kalori yang diperlukan oleh orang biasa, tapi mereka perlu melakukan aktiviti latihan sumo seawal jam 5 pagi, selama hampir 7 jam setiap hari

“Ini yang buatkan orang sumo ni walaupun badan besar, tapi mereka kuat dan sihat ya.

“Latihan intensif setiap hari dan makanan yang mereka makan antara faktor penyebab, orang sumo pun makan benda-benda sihat je macam chankonabe, tak ada benda mengarut macam fast food ke apa. Sebab tu lemak yang terkumpul pun bukan jenis lemak bahaya.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, pemain sumo ni ada perempuan ke?

Ya, ada. Secara rasmi sumo perempuan bermula sejak tahun 1997, dan pemain sumo perempuan yang terkenal adalah Anna Poliakova dari Rusia.

Baca juga: Pelanggan restoran selamba minum teh tarik di sisi kubur

Baca juga: Hormat hak orang lain: Bayi 4 bulan edar plastik mohon maaf bimbang tangisannya ganggu pesawat