Musim wabak ini ramai yang hilang sumber pendapatan akibat banyak syarikat gulung tikar. Ekonomi gig banyak membantu meleraikan kekusutan.
Golongan wanita tidak terkecuali boleh memanfaatkan pekerjaaan berasaskan ekonomi gig dengan menjadi penghantar atau rider makanan.
Atiqah antara ribuan kaum Hawa yang meraih banyak pendapatan hasil menjadi penghantar GrabFood. Bermula secara sambilan kini beliau menjadikannya sebagai sumber pendapatan tetap.
Mujur ada pendapatan dengan Grab boleh dapat diskaun apabila isi minyak kenderaan atau beli barangan keperluan.
Ya betul, sebagai pemandu Grab, mereka layak mendapat pelbagai kemudahan termasuklah waktu bekerja yang fleksibel.
“Best ke buat Grab? Apa je yang dapat?”
Selalu kita dengar soalan begini kan? Jadi meh sini SK nak cerita apa yang Atiqah dan rakan-rakan yang lain dapat jika menjadi rider atau pemandu dengan Grab.
Potensi pendapatan sejam
Ramai yang tak tahu sebenarnya pendapatan sebagai ‘riders’ atau pemandu Grab ini boleh tahan juga, bayangkan korang ada potensi untuk menjana sehingga RM20 (rider) atau RM30 (pemandu) satu jam. Katakan sebulan kalau korang pandu Grab 8 jam sehari, 6 hari seminggu, korang boleh dapat lebih dari RM5,000
Bahkan, korang juga dapat menyimpan sebanyak sehingga RM200 sebulan dengan ‘GrabBenefits’.
Dapat diskaun petrol dan pembelanjaan
Grab juga mempunyai banyak manfaat untuk pemandu dan riders mereka melalui program GrabBenefits. Paling seronok bila dapat diskaun untuk pengisian minyak petrol, tukar tayar malah untuk berbelanja barang dapur, pakaian pun ada diskaun tau.
Sistem pendidikan percuma
Tingkatkan kemahiran melalui manfaat Akademi di GrabBenefits. Bukan itu sahaja, Grab juga menawarkan kursus untuk kepada mereka yang ingin meningkatkan kemahiran seperti belajar cara kendalikan Microsoft, pengurusan kewangan dan banyak lagi dengan percuma melalui GrabBenefits.
Insuran perlindungan diri dan keluarga, KWSP dan PERKESO
Selain itu, Grab turut memberi insuran perlindungan secara percuma kepada pemandu atau ‘rider’ Grab dan ahli keluarga (dengan premium) jika berlaku kemalangan. Bukan itu saja, Grab juga membuat potongan 10 peratus caruman KWSP bagi yang layak dan PERKESO.
Boleh ‘cash out’ setiap hari
Lain dari yang lain, bila dah jadi pemandu atau ‘rider’ Grab ini, barulah korang dapat semua kepentingan ini termasuklah masa yang fleksibel tak tidak terbeban dengan orang lain dan boleh cash out setiap hari.
Baca Lagi: https://themalaysialife.com/tak-ramai-tahu-kuantan-ada-7-pantai-menarik-yang-confirm-santai/