Malaysia Dateline

Waspada pilih sejadah, ada wajah syaitan tersirat jadi peneman solat bertahun-tahun

Selain telekung, kain pelikat sejadah juga akan digunakan ketika solat namun perlu waspada ketika membeli sejadah kerana terdapat gambar atau wajah syaitan tersirat di atas permukaan sejadah.

Mungkin ketika memilih sejadah kita tidak perasan ada wajah hodoh tersirat kerana teruja dengan corak yang cantik yang disangkakan awan larat pada mulanya.

Bagaimanpun apabila diamati, ditenung sedalam-dalamnya kita baru perasan rupanya ada wajah di sebalik awan larat itu.

Pakar Motivasi, Dr HM Tuah Iskandar melalui Facebooknya hari ini menasihatkan umat Islam supaya perhatikan duhulu corak sejadah sebelum membeli atau sebelum guna.

Waspada pilih sejadah, ada wajah syaitan tersirat jadi peneman solat bertahun-tahun
Sejadah putih tiada corak

Ini kerana katanya, sejadah bercorak wajah itu dibimbangi akan menjadi peneman solat bertahun-tahun lamanya selagi belum rosak.

“Jika boleh digambarkan kepada sesuatu, elok buangkan saja. Usah teruja sangat dengan corak yang cantik, kekadang di situ tersembunyi ‘design’ syaitan,” kata beliau.

Dr Tuah menceritakan bagaimana dia perasan sejadah salah seorang jemaah masjid ketika membentangkan sejadah di sebelahnya.

“Hari tu Jumaat, seseorang membentangkan sejadahnya di sebelah saya lalu solat sunat tahiyatul masjid.

“Selesai, dia keluar dengan meninggalkan sejadahnya terbentang, tujuannya supaya tempat itu tidak diambil orang – maklumlah saf paling hadapan dan belah kanan banyak fadilatnya.

“Seolah-olah ternampak sesuatu yang aneh pada corak sejadah berkenaan.

“Apabila saya amati sungguh-sungguh, tidak lain ia berupa sesuatu – mungkin wajah orang, boleh juga seperti haiwan dan tak keterlaluan kalau dikatakan berupa setan,” kata beliau yang turut berkongsi sejadah berwajah syaitan yang dimaksudkan itu.

Baca juga: 200 kali sehari berkokok, ayam jantan jiran bakal diheret ke mahkamah

Baca juga: Betul ke Nabi tak mengaku umat kalau tiada niat nak kahwin – Ustaz ini beri penjelasan