Ketika perlawanan Brazil menentang Serbia Khamis lalu, seorang penonton yang hadir di Piala Dunia Qatar mengundang perhatian ramai apabila mengibarkan bendera Pakatan Harapan (HARAPAN) di khalayak ramai.
Tindakan penonton itu menimbulkan rasa bingung dalam kalangan penyokong yang hadir lalu membiarkan lelaki berkenaan berbuat demikian.
Bagaimanapun video tersebut berjaya membuatkan rakyat Malaysia terhibur menganggap lelaki berkenaan kemungkinan turut merasa bangga dengan kejayaan HARAPAN memenangi kerusi terbesar dalam Pilihan Raya Umum Ke-15.
Reaksi itu juga dirasai sebahagian besar rakyat Malaysia selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10.
Lebih menarik, gelagat lelaki India itu menonton perlawanan Brazil dengan memakai veshti turut menarik perhatian ramai.
Sementara itu meninjau reaksi netizen, mereka rata-rata terkejut dan tidak menyangka bendera parti boleh sampai ke Qatar, tidak pasti bagaimana lelaki itu boleh memiliki bendera tersebut.
Mereka juga berseloroh mengatakan Malaysia kini sudah berada di ‘level international’.
“OMG we go international!,” tulis netizen.
“Salah event tu tapi tak apalah,” tulis yang lain.
“Not the HARAPAN flag lol, how even it go there haha,” tulis netizen lain pula.
Setakat ini video tersebut mendapat 318,000 tontonan dengan lebih 20,000 tanda suka.
Baca juga: Ustazah Afifah dakwa haram makan ubat tahan sakit, seolah memasukkan bahan meragukan dalam badan
Baca juga: Amboi! Leka betul dua ekor si comel ni sampai tak perasan orang rakam dia