Malaysia Dateline

“Who is this woman”- Pencetus idea bendera putih, Kak Jah dapat perhatian masyarakat antarabangsa

Ketika sempadan negara dibuka selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan dengan agak lama dan paling lama di dunia, penulis telah menghadiri satu persidangan di Ankara, Turki.

Seorang peserta yang juga Profesor Sains Kemasyarakatan Universiti Ankara, Turki mendekati penulis.

Beliau bertanya; “Who is the woman who originated the idea of the white flag in Malaysia during pandemic? I really admire her idea and effort as social scientist”.

Penulis tidak mengenali pencetus idea bendera putih pada ketika itu, lalu menjawab spontan; ”She is just a caring woman, mother and community activist..”.

Kemudian barulah penulis membelek laman internet yang rupanya telah viral mengenai seorang wanita dengan idea
kibarkan bendera putih.

Beliau lebih dikenali sebagai Kak Jah atau nama sebenarnya Nik Faizah binti Nik Othman.

Rupanya fenomena Bendera Putih cetusan Kak Jah mendapat perhatian saintis sains sosial luar negara dan juga masyarakat antarabangsa, yang membuktikan ianya bukan sahaja fenomena di dalam negeri Kelantan mahupun Malaysia sahaja.

Kak Jah adalah penggerak masyarakat yang tidak pernah mengenal lelah, penat dan juga kesibukannya sebagai ibu kepada 5 cahaya mata.

Di samping mendampingi seorang suaminya yang merupakan ahli perniagaan yang berjaya, Kak Jah adalah penggerak komuniti yang cakna terhadap kebajikan jiran tetangga dan masyarakat.

Kehidupan sekeluarga yang mencukupi, mungkin tidak memerlukan beliau sekeluarga cakna kepada kemelaratan dan kesukaran rakyat ketika menghadapi bencana Covid-19 dan PKP yang berpanjangan ketika itu.

Kerana beliau bukan siapa-siapa, bukan Ahli Parlimen dan bukan Ahli Dewan Negeri.

Namun, jiwanya dan pemikirannya tidak pernah tenang dan sentiasa bertanya kepada persoalan demi persoalan – jiran aku ada makanankah, anak mereka ada susu atau tidak, orang kampung di daerah Pengkalan Chepa ini cukup bekalan makanankah, ada wangkah mereka untuk membeli lampin bayi-bayi mereka, yang sakit ada ubatkah?

Bagaimana masyarakat di negeri Kelantan yang rata-ratanya dhaif? Bagaimanakah aku hendak menghulurkan
sedikit bantuan? Persolan ini sentiada meronta-ronta dalam benak hati dan pemikiran Kak Jah.

Beliau tidak akan boleh melelapkan mata sehingga semua persoalan di benak hati terjawab dengan jalan penyelesaian.

Tidak menyerah walau idea Kak Jah tidak disambut baik dari Ahli Parlimen di negerinya sendiri

Walaupun dicemuh dengan idea mengibarkan bendera putih bagi sesiapa yang memerlukan bantukan ketika PKP dilaksanakan, Kak Jah terus mempromosikan “angkat dan kibarkan bendera putih” jika anda memerlukan sebarang bantuan.

Fenomena ini bukan sahaja berlaku di negeri Kelantan namun turut mendapat sambutan di seluruh negara. Ramai Ahli Parlimen khususnya di negeri Kelantan memperlekehkan idea kibar bendera putih ini.

Kak Jah tidak pernah peduli dengan cemuhan itu. Fenomena ini telah membolehkan Kak Jah dan rakan-rakannya terdiri
dari para sukarelawan mengerakkan bantuan kebajikan keseluruh Kelantan.

Tsunami bendera putih telah menjadi “harapan” baharu kepada masyarakat yang memerlukan bantuan.

Cetusan “harapan” baharu ini dengan bantuan gerak kerja sukarelawan dan sumbangan orang ramai, telah membolehkan ratusan pek makanan diedarkan setiap hari di daerah terkesan diseluruh negeri Kelantan.

Pada peringkat awal 150 hingga 170 pek makanan diedar di daerah seperti Tanah Merah, Tumpat, Langgar, Guntong Lipat dan tidak ketinggalan di sekitar Pengkalan Chepa, Kelantan.

Bekalan yang berupa keperluan harian juga turut diedar hampir setiap hari sehingga PKP diangkat semula oleh kerajaan.

Idea kibar bendera putih Kak Jah ini telah disambut di seluruh negara oleh para artis, ahli politik, NGO, penyumbang perseorangan dan tidak ketinggalan oleh pihak kerajaan yang pada mulanya agak mencemuh serta memperlekeh idea Kak Jah.

Kak Jah adalah calon Pakatan Harapan Parlimen P020 Pengkalan Chepa

Kak Jah sebenarnya telah memberi “HARAPAN” baharu kepada masyarakat yang tersepit dengan kemelaratan dan kesempitan hidup, hilang pendapatan dan sehingga ada yang hilang pertimbangan diri lalu mengambil langkah singkat “membunuh diri”.

Fenomena Bendera Putih Kak Jah telah menyelamatkan kehidupan ribuan rakyat yang terkesan, menyelamatkan bayi-bayi tanpa susu dan meringankan bebanan rakyat yang hilang punca pendapatan.

Maka, layaklahlah Kak Jah diberi penghormatan oleh Pakatan Harapan sebagai calon Parlimen P020 Pengkalan Chepa. Nik Faizah Nik Othman telah menetap lebih dari 20 tahun di Pengkalan Chepa. Beliau anak jati Kelantan.

Beliau penggerak masyarakat yang sangat aktif, terutamanya sejak banjir besar 2014/2015 bersama NGO yang
beliau ketuai Kelab Amal Jariah Kelantan.

Walaupun keperihatinan dan pernah mencadangkan gerak-kerja tersusun kebajikan kepada YAB Menteri Besar Kelantan
selepas berlakunya banjir besar, namun cadangan wanita cekal dan gagah ini telah dianggap kerdil dan tidak dipedulikan oleh kerajaan negeri.

Beliau tidak pernah hampa, lalu mengambil langkah terus menggerakkan NGO-nya sendiri bersama suami dan rakan-rakan sukarelawan tanpa dokongan kerajaan negeri.

Mereka bergera menyantuni masyarakat dan merasai denyut nadi rakyat serta seterusnya menghulurkan bantuan. Usaha gigih Kak Jah memang dikenali oleh masyarakat setempat.

Kak Jah bekas guru lulusan Maktab Perguruan Batu Rakit, Terengganu

Kak Jah merupakan bekas guru lulusan Maktab Perguruan Batu Rakit, Trengganu. Beliau merupakan Guru Terlatih dalam bidang Bahasa Melayu.

Penguasaan Bahasa Melayu beliau amat tinggi dan juga merupakan pejuang penggunaan Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran.

Jiwa sebagai pendidik menebal dalam diri Kak Jah, beliau mengimpikan terbinanya sebuah masyarakat terutama di Pengkalan Chepa yang mendapat pendidikan sepanjang hayat dalam sektor akademik, kemahiran hidup, industri tradisi dan pendidikan kebudayaan.

Suara beliau amat penting di Parlimen untuk memperjuangkan penggunaan Bahasa Melayu dalam pendidikan dan
mempromosi khidmat kemasyarakatan yang progresif dalam negara ini.

Nik Faizah atau Kak Jah tidaklah dilahirkan sebagai ahli politik, namun skandal 1MDB, SRC International dan Skandal Projek Solar amat mengesan dalam jiwanya.

Beliau melihat masyarakat yang amat dhaif dan melarat di Kelantan, sedangkan para pembesar, konglemerat dan pemimpin negara menyalah-guna kuasa dan merompak harta rakyat.

Sedang rakyat ada yang tidak cukup makan, tidak cukup bekalan susu, rumah yang dhaif dan hilang perkerjaan, para pemimpin merompak hak-hak rakyat dengan rakus.

Jiwa Kak Jah tidak tenteram selepas mengikuti pendedahan skandal 1MDB, SRC International dan projek Tenaga Solar, lalu istikharahnya mengambil jalan terlibat dalam politik kepartian.

Beliau memilih AMANAH atas dasar yang sebati dalam jiwanya “Rahmat-al-Alamin”. Kak Jah mahu menjadi mata-rantai
pencetus kepada perubahan, kepimpinan berintegriti, masyarakat adil, masyarakat madani yang prihatin dan kerajaan bertata-kelola baik (good governance).

Tidak syak lagi, Kak Jah atah Nik Faizah Nik Othman yang cakna terhadap rakyat, penggerak komuniti, pendidik yang cemerlang, jujur dan berintegriti dan wanita sarat idea pilihan terbaik Pakatan Harapan untuk dinobatkan sebagai Ahli Parlimen Pengkalan Chepa P.020.

Menghantar Kak Jah ke Parlimen bermakna menghantar seorang yang merasai denyut nadi rakyat, menjadi suara rakyat dan anggota pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gigih lagi agresif dalam memberikan khidmatnya.


(*) Penulis merupakan Fellow Islamic Academy of Science, yang berpengkalan di Jordan. Penulisan ini merupakan pendapat dan pandangan penulis dan bukan melambangkan pendirian akademi.

Baca juga: [Video] Kanak-kanak ini merajuk sambil buat ‘muncung’, netizen tanya boleh pinjam muncung tak dik?

Baca juga: Mujahid selesai isytihar harta RM2.5 juta