Malaysia Dateline

‘Yang tengah tunggu giliran kes mesti menggelupur’, rakyat teruja giliran Bung Moktar dan isteri pula jadi tumpuan

Rakyat dilihat teruja dengan tuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta melibatkan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad.

Reaksi awam itu susulan siri ‘pembersihan’ kes rasuah dan salahguna kuasa bermula daripada Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor.

“Yang tengah tunggu giliran kes sekarang mesti menggelupur”, kata seorang pengguna Facebook.

Orang ramai juga menyambut baik perintah Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini terhadap Bung Moktar dan Zizie Izette agar membela diri atas tuduhan rasuah tersebut.

“Ini berita baik buat negara tetapi berita buruk buat perasuah-perasuah di luar sana. Anda jangan ingat anda akan terlepas,” tulis Fariz Izuddin Jufri.

Rata-rata orang ramai berpendapat politikus yang korup sedang tidur tak lena bahkan mandi tak basah mengenangkan bila pula giliran mereka naik dan turun mahkamah.

“Padan dengan muka mereka! Yang Maha Kuasa itu Adil,” tulis seorang pengguna sosial lagi.

Sempena Hari Penghulu Segala Hari ini juga, ramai menitipkan doa agar pemimpin yang korup di heret ke muka pengadilan.

“Semoga pemimpin-pemimpin rasuah disegerakan ke penjara. Janji Allah benar,” kata Ibrahim Musa.

Hal sama dilontarkan Luqman Alexander yang berpendapat sekarang adalah masa untuk membersihkan negara daripada pemimpin yang tidak amanah.

“Mana-mana perasuah yang songlap duit negara sepatutnya dihumban segera ke dalam penjara,” tegasnya lagi.

Baca juga Rosmah ‘trending’ di Twitter, jajah muka depan akhbar turuti suaminya

Baca juga Kanak-kanak perempuan maut selepas hujan batu terkena kepala