Malaysia Dateline

YB Pekan akan diampunkan? – Bahagian 1

  1. Dalam zaman media sosial yang diibaratkan sedang menguasai lebuh raya informasi, kreativiti warganya juga agak begitu tinggi.

Kadangkala tidak sedikit juga ada dalam kalangan warganya yang secara tiba-tiba bertukar menjadi pakar yang “instant” dalam pelbagai disiplin ilmu yang berbeza.

  1. Antara isu yang saya sering ditanya, “YB, betulkan YB Pekan tidak akan dihukum penjara meskipun diandaikan Mahkamah Persekutuan mengekalkan dia bersalah dan mengekalkan hukuman ke atas PENJENAYAH itu?”

2A. Bila disingkap susur galur soalan tersebut, ternyata ianya hasil daripada info para penyoal soalan itu perolehi dari medsos @ internet.

  1. Satu perkara yang saya cuba elakkan dalam dunia perdebatan adalah melakukan sebarang spekulasi apa lagi spekulasi yang tidak bersandarkan asas yang kukuh.

Jika para peguam litigasi yang biasa menyoal para saksi di mahkamah, mereka mungkin agak biasa mendengar bantahan dari peguam lawan seperti ini “Objection…the question calls for speculation!”

Ya, saya ada pendapat tersendiri tentang kemungkinan apa yang akan berlaku pada Penjenayah Pekan itu tetapi tidak mungkin kot saya akan kongsi dengan sesiapa pun.

5. Antara hujah yang digunakan bagi menyimpulkan Penjenayah Pekan itu mungkin akan menerima Pengampunan DiRaja (a royal pardon) adalah depa habaq ianya berdasarkan kes duluan -“precedent”- misalnya kes DSAI, kes Datuk Harun Idris dan kes Datuk Mokhtar Hashim.

Maaf, insya-Allah esok saya akan ulas mengapakah menggunakan analogi ketiga-tiga kes tersebut adalah dianggap tersasar dan tidak tepat.

Baca juga Kenapa YB Pekan tak masuk ke penjara lagi?

Baca juga Warga emas maut dipukul hanya kerana pokok