Malaysia Dateline

Zahid minta kerajaan bubar Majlis Pemulihan Negara sekadar naikkan imej Mahiaddin

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta kerajaan BN PN membubarkan sahaja Majlis Pemulihan Negara yang dilihat tidak berhasil hanya sekadar memberikan Tan Sri Muhiaddin Yassin peluang bagi menaikkan imej diri sendiri serta parti.

Menurut Zahid pembubaran majlis itu akan memberikan kelapangan kepada kementerian-kementerian dan menteri-menteri daripada melayan dan menghadiri mesyuarat majlis yang tidak berkesan ini.

“Majlis Pemulihan Negara sudah gagal,” katanya dalam kenyataan.

Zahid juga menasihati Mahiaddin Yassin untuk menggunakan platform berlainan bagi menyumbang idea dan saranan sebagai Mantan Perdana Menteri, seperti menerusi Yayasan Kemimpinan Perdana bersama-sama Tun Dr. Mahathir, itu lebih elok.

Beliau percaya, Majlis Pemulihan Negara hanyalah satu platform untuk memberikan Mahiaddin peluang bagi menaikkan imej diri sendiri serta parti beliau dan tidak semestinya bersuara bagi pihak rakyat dan kepentingan negara.

“Fungsi ini sebenarnya boleh dan sedang dilakukan oleh badan-badan pemikir berkaliber seperti contohnya Khazanah Research Institute (KRI) dan badan-badan pemikir lain yang selama ini telah lama bergiat aktif dalam memberi nasihat serta syor kepada Kerajaan,” katanya lagi.

Zahid minta kerajaan bubar Majlis Pemulihan Negara sekadar naikkan imej Mahiaddin
Zahid dakwa Majlis Pemulihan Negara tidak berhasil

Dengan mengumumkan penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang dianggotai beberapa Menteri bagi Zahid ia merupakan langkah yang baik, sejajar dengan saranannya untuk Kerajaan Persekutuan menangani masalah inflasi, kos sara hidup dan sekuriti makanan dengan lebih tersusun melalui kerjasama rentas Kementerian.

Namun baginya, Kerajaan Persekutuan perlu sedar bahawa dengan penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi ini, Majlis Pemulihan Negara yang dipengerusikan Mahiaddin tidak lagi berkesan, tidak perlu dan bercanggah dengan usaha-usaha terkini Kerajaan untuk menangani masalah-masalah rakyat.

“Sebenarnya, kewujudan Majlis Pemulihan Negara dari awalnya lagi tidak membuahkan hasil dan berfungsi hanya sebagai penasihat kepada Kerajaan sahaja,” katanya lagi.

Baca juga: Arab Saudi tetapkan Aidiladha 9 Julai, Hari Arafah 8 Julai

Baca juga: Dakwa sudah bernikah selama 10 tahun namun tiada dokumen pernikahan, pengasas perubatan jarak jauh ditangkap khalwat