Kecoh parcel dilelong tanpa kebenaran, rupanya kurier ada hak lelong jika tidak dituntut lebih 6 bulan?

Oleh KIM SYAZIE

Sejak semalam kecoh di media sosial apabila seorang individu menguar-uarkan akan melelong sejumlah barang yang tidak dituntut (unclaimed parcel) oleh penjual atau pembeli yang melakukan pembelian barang secara atas talian.

Perkara tersebut telah menimbulkan kemarahan orang ramai yang mendakwa ia adalah satu tindakan tidak jujur dan tidak bertanggungjawab kerana individu tersebut cuba mengaut untung dengan cara menjual barang kepunyaan orang lain.

Bagaimanapun individu yang bertanggungjawab melelong barangan berkenaan, Muhamad Razali tampil menjelaskan bahawa barang-barang yang dijualnya itu adalah halal kerana dia tidak merompak mana-mana syarikat kurier.

Sebaliknya dia berkata, dia telah membeli sendiri secara pukal barang tidak dituntut itu.

“Barang-barang ini semua halal. Saya beli secara pukal bukan rompak J&T ke Pos Laju ke.

“Tuan punya barang ini pun semua dah dapat refund dari seller. Yang komen bukan-bukan tanpa selidik itu tak apa saya maafkan. Kami dah mula lelong. Minggu dpan sampai lagi 1,000 barang,” tulisnya di Facebook mengulas pertikaian orang ramai.

Ada tempoh penyimpanan barang berstatus pending

Sementara itu, seorang pengguna Facebook yang menggunakan akaun Mohd Adi berkata, pihak kurier sebenarnya ada hak untuk melelong barang tersebut jika ia tidak dituntut dalam tempoh enam bulan.

Menurutnya, kebanyakan kes berlaku di mana penjual sendiri tidak mengambil semula parcel mereka tanpa notis, dan pihak hub pula berdepan dengan masalah ruang penyimpanan barang yang terhad menyebabkan kesemua barang tersebut mempunyai tempoh untuk diambil sebelum ia dilepaskan.

“Penjual sendiri yang tidak collect barang tersebut tanpa notis atau berstatus pending to collect by seller. Puncanya dari pembeli tidak menerima barang tersebut melebihi 2 hingga 3 kali semasa penghantaran dibuat. Atau yang jenis cash on delivery tapi pembeli tak nak terima barang tersebut.

“Pihak hub perlukan ruang untuk penyimpanan parcel yang lain. Saya terima info dari kawan yang kerja hub di Lazada, mereka ada tempoh penyimpanan barang-barang yang berstatus pending to collect by seller.

“Jika barang tidak dituntut oleh pihak penjual, pihak kurier ada hak untuk melelong barang tersebut. Tempoh penyimpanan 6 bulan yang saya tahu dan kalau ikut logik, ruang yang sepatutnya digunakan untuk line hub menyimpan parcel yang ready to delivery tidak mencukupi.

“Pihak kurier perlu menambah ruang lain dan akan melibatkan kos tambahan yang perlu ditanggung. Ambil contoh hub Lazada Puchong sudah cukup. Dulu DHL, gudang besar tu pun tak cukup untuk simpan parcel. Dorang terpaksa tambah 1 lagi gudang dekat Puchong Prima ke mana, lupa saya.

“Tahun lepas sahaja kawan saya cakap ada dekat 100 rak troli tidak dituntut bungkusannya. Bila ruang penyimpanan terhad pihak Lazada perlu menambah pekerja line hub dan rider untuk mempercepatkan proses keluarkan parcel untuk penghantaran bagi mengelak line hub stuck untuk terima parcel setiap hari yang beribu-ribu tu,” ujarnya yang memberitahu info tersebut diperoleh dari rakan yang bekerja dengan platform beli belah Lazada.

Baca juga: Gaji Adun Sabah naik, rakyat tanya gaji minimum RM1,500 bila pula nak laksana?

Baca juga: Tular gambar penunggang motosikal tersepit pada tayar, polis cerita bagaimana boleh berlaku

Baca juga: Ramai remaja perempuan belasan tahun ‘dm’ beritahu berzina banyak kali, ini pengakuan Ustaz Fathi Naim

Baca juga: Suami tak wajib carum untuk isteri, skim adalah secara sukarela – Perkeso