Susulan tular gambar warga emas bersama isteri dan 2 anaknya mengutip besi buruk telah menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen, akhirnya Pak Hod tampil mengaku 10 tahun kutip besi buruk bukan kerana tidak ada duit bahkan rumah pun ada.
Pok Hod mengakui beliau bersama isteri, Meriam @Leha Hamid, 58, dan tiga dari lima anaknya dalam kategori lembam akan membawa kereta tolak yang dipenuhi timbunan barang lusuh serta besi buruk yang dikutip sekitar Tumpat Kelantan.
“Bukan tak ada duit, tapi sayang nak tinggalkan kerja ni sebab dah bertahun-tahun kutip besi buruk dan barangan lusuh,” kata warga emas, Hod Ahmad, 72 dipetik Harian Metro.
Penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masing-masing berjumlah RM250 dan RM300 bagi Pak Hod rutin itu tetap dilakukan meskipun kini dia semakin uzur.
“Sekarang saya semakin uzur, tak boleh bangun serta sakit kaki dan disebabkan itu saya perlu didukung anak untuk duduk di kereta tolak.
“Walaupun sakit saya kena keluar juga bersama isteri dan anak kerana mereka tidak biasa melakukan kerja itu tanpa saya lagipun mereka tidak normal seperti orang lain.
“Rasa sayang untuk tinggalkan kerja mencari besi dan barang lusuh ini kerana sudah menjadi mata pencarian kami sejak sekian lama lagipun pembeli sentiasa menunggu barangan yang kami bawa untuk dijual,” katanya.
Seawal jam 3.30 pagi Pok Hod dan isteri serta tiga anaknya, Rosmaina Hod, 36, Mohamad Rosdi, 30 dan Nor Atiekah, 25, akan keluar berjalan kaki sekitar Tumpat sejauh kira-kira 30 kilometer setiap hari dan pulang menjelang tengah hari sebaik berpuas hati dengan kutipan barang lusuh dan besi buruk.
Kelibat mereka empat beranak berjalan di tengah panas sudah cukup dikenali penduduk di Pengkalan Kubor dan dengan penampilan yang tidak terurus mereka sering mendapat perhatian orang ramai yang sering menghulurkan sedekah.
Selain penerima bantuan JKM, rumah yang didiami mereka adalah sumbangan kerajaan Persekutuan yang diterima sejak 12 tahun lalu serta sering menerima barangan keperluan daripada penduduk dan pemimpin setempat.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Wan Roslan Wan Hamat pihaknya turut menerima tempias apabila kisah keluarga Pok Hod yang ditularkan namun tidak menyalahkan orang ramai kerana dianggap tidak mengetahui perkara sebenar.
“Keluarga ini sudah sering dibantu contohnya rumah yang didiami sekarang adalah bantuan kerajaan, elaun bulanan dari JKM yang diterima kelima-lima mereka yang berjumlah RM1,400 sebulan sejak bertahun-tahun dulu.
“Kita tiada masalah jika ada yang ingin terus membantu Pok Hod dan keluarganya kerana menganggap ia adalah rezeki mereka namun jangan terus memberi persepsi negatif tanpa menyelidik perkara sebenar,” katanya.
Ramai yang tidak mengetahui cerita sebenar keluarga ini menzahirkan rasa terharu dengan keadaan mereka sehingga ramai dalam kalangan netizen ‘tag’ penderma terkenal Ebit Lew.
Tidak sampai 24 jam dermawan itu tiba di Kelantan untuk melihat keadaan keluarga ini pendakwah bebas itu juga berberjanji untuk membina sebuah rumah baru untuk mereka berteduh.
Baca juga: Bantuan NGO, kerajaan dapat tapi nak buat macam mana mereka bahagia hidup macam tu’
Baca juga: Walau gemuk gedempol, wanita ini singkap rahsia kenapa ahli sumo sihat