Tak sangka jadi keldai akaun tanpa sedar lepas cagar kad bank untuk pinjam duit

Oleh KIM SYAZIE

“Menyesal pinjam duit cagar kad bank, hujung-hujung jadi keldai akaun”.

Itulah yang dialami seorang individu yang tidak mahu dikenali identitinya, yang mendedahkan dia telah menjadi keldai akaun tanpa sedar selepas melakukan cagaran kad ATM untuk membuat pinjaman duit.

Menurut luahan individu itu di laman Group Peguam Kebajikan, dia memberitahu kad bank yang dicagarnya itu telah disalahguna selepas menyedari empat kad ATM yang lain miliknya telah disekat pihak berkuasa.

Buntu dengan keadaan menimpa kerana dia masih lagi tidak boleh mengeluarkan simpanan daripada akaun yang dibekukan, biarpun sudah setahun laporan polis dibuat

“Menyesalnya pinjam duit cagar kad bank. Last-last jadi keldai akaun. Dari 4 kad bank sampai langsung tak ada kad sekarang. Dah kena freeze sekarang.

“Nak cari kerja pun susah. Kebanyakan gaji masuk akaun bank. Kes dah setahun tapi Officer In Charge tak ada call atau datang rumah. Kes di Semenanjung sekrang saya di Sabah.

“Saya tak tahu nak settle kan macam mana. Kalau nak buat siasatan saya takut nanti kena bayar denda. Sekarang saya langsung tak ada kerja dan simpanan,” tulisnya meminta pertolongan di kumpulan tersebut.

Baca juga: Berlegar di media sosial kelibat syarikat penghantar makanan yang baru, rider dah mula tinggalkan Grab ke?

Baca juga: Menyelit dekat laluan kecemasan punya pasal, lori buat tiang elektrik hampir jatuh hempap orang