Siapa yang tidak kenal pada pelakon dan usahawan cantik jelita, Wawa Zainal. Dikhabarkan produk terbarunya iaitu wawa scarves habis terjual sebanyak 90,000 helai dalam masa 24 jam selepas ia dilancarkan semalam.
Hasil jualan dianggarkan sekitar RM2.5 juta, lapor portal Gempak hari ini.
Menerusi hantaran di Instagram,Wawa, 31 berkata, batch pertama tudung keluarannya habis terjual.
“Mula-mula buat 20,000 lepas itu 50,000. Sekarang hampir ratusan ribu helai tudung WAWA sold out. Insyaallah kami akan keluarkan lagi,” tulisnya.
Pada masa sama dia berkata, apa yang penting perniagaannya itu dapat membantu ekonomi peniaga kecil.
“Saya percaya dalam pada ada rezeki kita, pasti ada rezeki orang lain juga. Itu saya cuba tanam dalam diri dan perniagaan ini. Kalau kita dapat bantu mereka yang memerlukan, insya-Allah rezeki itu akan sentiasa ada,” katanya memetik Gempak.
Baca juga: Indonesia pula alami kenaikan harga telur, paling mahal sejak lima tahun lalu
Baca juga: Siapa belum sempat tonton Mat Kilau boleh layan di Netflix bermula 16 September ini