Tulisan jawi di Kulim, jangan umpama ‘hidup segan, mati tak mahu’

Oleh KIM SYAZIE

Pelbagai pihak menggesa pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri Kedah supaya mengambil peduli mengenai tulisan jawi di papan tanda iklan khususnya di Kulim yang dilihat umpama ‘ hidup segan, mati tidak mahu’.

Tinjauan yang dibuat juga mendapati tulisan jawi di papan-papan tanda sekitar Kulim adalah kekal sejak ia mula digalakkan penggunaannya semasa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) negeri Kedah. 

Namun begitu tidak terlihat papan tanda gergasi atau besar di mana tulisan jawi yang baharu diwujudkan selepas kepimpinan PH di Kedah. 

Sabree Mat Hosnan, penduduk Kulim yang ditemui berkata, sewajarnya papan tanda iklan dalam tulisan jawi ditambah dan kekal seperti sebelum ini. 

Malah kata beliau,, sekiranya tiada pemantauan dan penguatkuasaan seperti yang dilaksanakan seperti tahun 2019 lambat laun tulisan jawi di papan tanda iklan di Kedah akan pupus. 

Sementara itu Muhayat Jasmin dari Taman Selasih, Kulim, juga menggesa pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Daerah Kulim dan kerajaan negeri supaya menguatkuasakan penggunaan tulisan jawi di papan tanda iklan dengan serius supaya usaha yang telah dipelopori oleh PH sejak memerintah Kedah sebelum ini dapat dimanfaatkan selama-lamanya. 

Tambah beliau, usaha yang telah diambil semasa kerajaan PH memerintah negeri Kedah dengan menggalakkan penggunaan tulisan jawi di papan tanda iklan seluruh Kedah harus dipuji dan disanjung serta keberanian yang telah dipraktikkan membuktikan PH mampu membawa sesuatu yang baru dalam pentadbiran mereka. 

Saki baki tulisan jawi di papan tanda iklan sekitar daerah Kulim, Kedah kini

Baca juga: Syukor Burger, restoran tempatan pertama buka cawangan pandu lalu di JB sebesar McDonald’s!

Baca juga: Netizen sebak, anjing cium anggota ATM buat kali terakhir kerana akan bersara tidak lama lagi