Sejak akhir-akhir ini warganet aktif membincangkan tentang isu jenama tempatan yang didakwa terlampau mahal mengalahkan harga bagi produk antarabangsa.
Antaranya produk dari negara jiran iaitu Indonesia yang kebanyakannya dijual lebih murah di negara ini berbanding jenama dari Malaysia sendiri.
Selain itu, produk dengan jenama terkenal juga tidak kurang hebat, dijual dengan harga mampu milik dan kualiti juga terjamin.
Bagi mereka, kebanyakan produk lokal terlalu berlumba untuk meletakkan harga setaraf jenama antarabangsa walhal jenama yang dikeluarkan itu tidak berapa popular dalam kalangan masyarakat.
“Baju brand Nike pun RM89, cap brand Jordan pun RM99. Ni local brand baju sampai nak dekat RM200. RM200++ pun ada. Cap sampai RM100++. Basuh 3 hingga 4 kali dah lunyai. Kang bila cakap sikit nanti cakap kita tak support local. Entah lah, enjoy je lah ye,” ciap seorang pengguna Twitter yang menggunakan akaun (@wanluv36).
Daripada pemerhatian yang diluahkan warganet berkenaan isu ini, kebanyakan mereka menjelaskan bahawa disebabkan harga lokal terlalu mahal, mereka sehingga tidak mampu untuk membelinya.
“Sebab itulah teman tak beli barang lokal, bukan sebab teman berlagak tapi teman tak mampu,” balas salah seorang pengguna Twitter.
Letak harga ikut jenama yang dah ‘established’
Sementara itu ada yang memberitahu bahawa penghasilan produk dalam jumlah yang sedikit pada satu-satu masa menyebabkan produk terpaksa dijual dengan harga yang tinggi.
Bagaimanapun mereka menganggap kaedah pemasaran sedemikian untuk mengelakkan rugi menyebabkan makin ramai yang ‘turn off’ dan berpaling dari jenama tempatan.
Baca juga: Video ini tunjuk layanan ‘dua darjat’ rakyat Malaysia kepada Mat Saleh vs warga Nepal
Baca juga: Sudah 17 usul ditolak Speaker, jika begini Azhar perlu ditolak lepas PRU – Pakar ekonom