Dipecat sebab dakwaan dadah seorang bekas anggota polis membunuh 34 orang, termasuk 23 kanak-kanak serta isterinya sebelum menembak diri sendiri.
Suspek kemudian melarikan diri dan melepaskan beberapa tembakan rambang ke arah orang awam sebelum pulang ke rumahnya lalu membunuh isteri dan anak mereka.
Suspek dikatakan membawa sepucuk pistol 9mm, tetapi hanya menggunakan sebilah pisau untuk menikam anak-anak asuhan di taska tersebut.
Suspek yang dikenali sebagai Panya Khamrab, sebelum ini berkhidmat di Balai Polis Na Wang di wilayah Nong Bua Bhampu Thailand.
Bagaimanapun suspek ditahan tahun lalu selepas dipercayai menyalahgunakan dadah jenis methamphetamines.
Kejadian itu menjadi sejarah terburuk di dunia dalam pembunuhan beramai-ramai oleh seorang pembunuh tunggal di mana kebanyakan kanak-kanak yang meninggal dunia di pusat jagaan di Uthai Sawan, sebuah bandar 500 km (310 batu) timur laut Bangkok, ditikam hingga mati.
Julat umur kanak-kanak di pusat jagaan itu adalah dari dua hingga lima tahun, kata seorang pegawai tempatan kepada Reuters.
Polis mengenal pasti penyerang sebagai bekas anggota pasukan yang dipecat daripada jawatannya tahun lepas kerana dakwaan dadah dan dia menghadapi perbicaraan atas tuduhan dadah.
Lelaki itu telah berada di mahkamah pada awal pagi dan kemudian pergi ke pusat jagaan untuk mengambil anaknya.
Apabila dia tidak menemui anaknya di sana, dia memulakan pembunuhan itu.
“Dia mula menembak, menetak, membunuh kanak-kanak di pusat jagaan Uthai Sawan,” kata jurucakap polis Paisal Luesomboon.