Sejak beberapa hari lalu, nama Datuk Aliff Syukri menjadi bualan ramai sehingga menjadi bahan kecaman selepas tular video kontroversinya yang berdangdut dengan penyanyi Baby Shima.
Sebelum itu Aliff Syukri sudah terkena tempias makian netizen selepas memuatnaik teaser lagu terbaru yang melibatkan dua individu cukup kontroversi iaitu Kak Long 7E dan Ratu Farah Diva. Apatah lagi video teaser tersebut menunjukkan dua individu itu terkinja-kinja di sebuah kenduri di kampung.
Kontroversi demi kontroversi kemudiannya telah menarik perhatian ibu tercinta iaitu Bonda Rozita Ibrahim yang turut mencoretkan sebuah komen membidas kelakuan Aliff yang dianggap keterlaluan dan mengundang bala.
Susulan itu Aliff Syukri pada malam tadi memuat naik satu video dalam keadaan menangis dan memohon maaf berkali-kali kepada ibu dan isterinya.
Dia juga memohon maaf kepada pengikutnya dan mengumumkan akan mengundurkan diri dari media sosial demi keluarga.
“Pada semua saya nak mohon kemaafan dan kekhilafan saya selama saya di media sosial ni. Saya minta maaf banyak-banyak dari hujung rambut sampai hujung kaki terutama kepada mak saya, isteri saya.. Saya memohon maaf banyak-banyak.
“Demi mak saya, isteri dan anak-anak saya, saya tak main laman sosial dah tapi kalau jumpa dekat luar kita tegur-tegur ya. Saya minta maaf. Saya tak tahu nak cakap macam mana. Lama dah saya buat media sosial saya, Facebook, Myspace.
“Terima kasih atas sokongan anda semua, terima kaih kepada semua pengikut saya. Ini adalah dugaan paling berat untuk saya. Doakan terbaik untuk perniagaan saya,” luahnya.
Bagaimanapun meninjau reaksi ramai di Facebook, mereka masih lagi mengusik dengan mengatakan ‘jumpa minggu depan’, kerana percaya penyesalan Alif Syukri itu bersifat sementara sahaja.
Baca juga: Konsert anjuran Fazura dengan harga tiket ‘milik semua’ bermula RM147