Malaysia Dateline

Baik hati bagi kawan guna slip gaji beli telefon baru, wanita buntu asyik dikejar bank minta hutang

Gara-gara terlalu baik hati memberi pinjam slip gaji kepada rakan untuk membeli telefon baru secara hutang, hidup seorang wanita bertukar merana apabila rakannya hilang tidak dapat dihubungi manakala hutang itu dibiar tergantung tidak berbayar.

Seperti perkongsian di Facebook Peguam Kebajikan, seorang wanita yang tidak mendedahkan identitinya memberitahu dia kini buntu apabila sering dikejar pihak bank untuk melangsaikan hutang walhal bukan dia yang membuat hutang tersebut,

Dakwanya, hutang dibuat di bawah Aeon Credit dan sehingga kini pihak bank terus menerus menghubunginya dan mengugut akan datang ke rumah jika hutang tidak dilangsaikan.

Apa yang lebih membebankan, dia sudah lagi tidak bekerja dan sedang menanggung suami yang menghidapi kanser.mua. Kawan saya ada guna slip gaji dan nama saya untuk dia ambil telefon hutang di bawah Aeon credit dan kawan itu tidak bayar dan lost.

“Persoalan di sini bank dan Aeon call bertubi minta saya settle bayaran tersebut dengan ugutan akan datang rumah. Saya buntu. Memang silap saya baik tak bertempat.

“Masalah saya sekarang memang tidak mampu untuk bayar sebab saya tidak bekerja dan terpaksa menjaga suami yang menghidapi kanser. Saya buntu. Disebabkan orang lain saya jadi mangsa,” luahnya.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa simpati selain memberitahu wanita itu sudah tiada jalan keluar lain kerana hutang tersebut dibuat atas namanya, slip gaji dan tanda tangannya.

Mahu tidak mahu, dia perlu melangsaikan hutang tersebut atau bersedia untuk disenarai hitamkan dari pinjaman mana-mana bank.

“Sebab guna nama awak, tandangan awak, slip gaji awak semua, jadi dalam rekod Aeon tu awak dikira peminjamnya. Memang awaklah kena bayar macam mana pun.

“Memang debt collector akan cari awak gak lah. Kalau tak mampu bayar redha je lah nama kena blacklist. Debt collector biasanya memang suka ugut macam-macam. Cuma kalau depa ugut nak sita rumah ke sita barang ke memang auta je lah,” komen pengguna Facebook.

Baca juga: Statistik terkini orang Melayu paling ramai jatuh bankrap sejak 2 tahun lalu, lihat data ini

Baca juga: Orang ramai pertikai kerajaan guna berbilion bina MRT 3, tapi tak mampu selesai masalah kurang doktor dan katil hospital

Baca juga: 2 hari meluncur di jalan raya, Perodua Alza jadi idaman terlibat kemalangan