Malaysia Dateline

Orang ramai pertikai kerajaan guna berbilion bina MRT 3, tapi tak mampu selesai masalah kurang doktor dan katil hospital

Projek Mass Rapid Transit 3 (MRT3) dianggarkan akan memakan belanja keseluruhan RM 50.2 bilion bagi laluan sepanjang kira-kira 51 kilometer atau bersamaan dengan kos hampir RM 1 bilion bagi setiap kilometer. Projek ini boleh dianggap paling mahal.

Orang ramai mempertikai tindakan kerajaan yang mampu berhabis bilion ringgit untuk membina MRT, tetapi tidak mampu menyelesaikan masalah kekurangan katil-katil di hospital dan fasiliti yang perlu diperbaiki.

Seorang pengguna Twitter yang menggunakan akaun @buruhMYS, dia berkata kos yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah kemudahan di hospital jauh lebih murah berbanding bayaran untuk membina sebuah MRT.

Bahkan, individu tersebut turut menjangkakan kerajaan akan menanggung hutang jauh lebih tinggi disebabkan pembinaan MRT 3 ketika ini.

“Katil hospital tak cukup? Doktor tak cukup? Tak apa, kita tambah lagi MRT. Malaysia adalah negara yang dikuasai oleh pemerintah gila babi.

“Berapa kos nak selesaikan masalah katil hospital awam tak cukup dan serap semua doktor kontrak? RM35 billion. Lagi murah dari kos MRT bangang ni,” katanya di Twitter.

Dia menjangkakan kerajaan akan menanggung hutang lebih RM120 bilion dan kenaikan hutang sejak 2016 akan meningkat sehingga 311 peratus.

“Sebelum ni, berapa hutang MRT yang kerajaan kena tanggung? RM72 billion. Sekarang? Mungkin lebih RM120 billion.

“Berapa hutang MRT yg kerajaan kena tanggung pada tahun 2016? RM29.7 billion. Berapa kenaikan hutang MRT yg kerajaan kena tanggung sejak tahun 2016? 311 peratus.

“Eh tapi tak apa lah, bangunan MRT kan nampak canggihhhh, nampak modennnnn, nampak mahal,” sindirnya.

Ciapan itu menarik perhatian ramai yang meluahkan sudah rasa muak dengan projek MRT di Kuala Lumpur.

Mereka juga bersetuju bahawa kerajaan sepatutnya menambah baik tahap kualiti kemudahan di hospital daripada memikirkan untuk mengaut untung dari projek-projek besar.

“Muak dengan MRT punya projek. Dah lah lama yal nak siap. Baik dia tambah hospital dan tambah baik fasiliti untuk kesihatan orang awam. Depa ni dok fikir projek untung masuk poket kroni ja,” komen pengguna lain.

“Kejap lagi kalau spend duit dekat katil hospital dan sebegainya, keluar pula cerita pasal baik spend duit dekat public transport. Begitulah kitarannya,” tulis komen pengguna lain pula.

Pada masa sama, ada yang tampil mempertahan dan menjelaskan bahawa kerajaan sememangnya ada peruntukan untuk semua sektor termasuk sektor pengangkutan dan perubatan.

Kerana itu katanya, tidak semestinya pembangunan seperti projek MRT boleh dianggap tidak penting.

“Sebenarnya kerajaan memang ada peruntukan untuk semua sektor. Kemudahan kesihatan awam, pengangkutan, pertahanan, pendidikan dan sebagainya. Spending on one doesn’t mean the other tu tak peenting atau macam “bangang”,” tulis pengguna Twitter.

Baca juga: Kau penyewa tak layak bising!”- Penduduk flat cop parkir guna kolah, siap ugut penyewa kalau cuba alihkan

Baca juga: Ibu Ainul Mardhiah nafi buat hantaran minta derma atas nama anak, minta orang ramai jangan percaya ‘scammer’

Baca juga: Petani jumpa serpihan roket tertusuk di ladangnya, dipercayai kepunyaan Elon Musk