Malaysia Dateline

Filem lain banyak tak laku, kenapa Mat Kilau, 35mm boleh kutip berjuta dalam seminggu? Ramai sokong jawapan pemuda ini

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof dan 35mm arahan Syahmi Sazli Production, boleh dijadikan sebagai penanda aras kepada pembikin filem tempatan untuk belajar bagaimana mahu membuat kutipan memberangsangkan.

Menurut seorang pereka grafik, Muhammad Fazli Ab Latif yang lebih dikenali sebagai kukubesi manipulasi, dia berpendapat kedua-dua filem yang sedang meletup ketika ini berjaya membuat kutipan yang memberangsangkan walaupun keduanya secara asas belum mencapai keuntungan, tetapi sudah menghampiri.

Menurutnya ada beberapa faktor besar menyebabkan kedua-dua filem ini boleh meletup sehingga menjadi fenomena yang sebenarnya boleh menjadi panduan kepada pembikin filem lain untuk mencapai tahap kutipan seperti ini.

Untuk rekod, Muhammad Fazli pernah diberi kepercayaan oleh pengarah terkenal Yusry KRU untuk menghasilkan poster Hikayat Merong Mahawangsa pada 2011. Selain itu, dia juga menghasilkan poster filem untuk Syahmi Sazli.

Kami kongsikan ulasan pemuda ini berkenaan dua filem hebat yang terus mencatatkan peningkatan jumlah penonton saban hari.

Kenapa Mat Kilau dan 35mm boleh ‘collect’ banyak dalam masa seminggu?

Mat kilau secara kasar harus memungut RM24 juta sebab kos RM8 juta. Pengiraan kasar kali tiga sebab dia main pawagam. Manakala 35mm harus memungut RM2 juta lebih sebab main di Astro first, pengiraan kasar kali dua.

Kenapa Mat Kilau dan 35mm bole kutip banyak dalam masa seminggu? Ada banyak faktor yang harus dilihat. Keduanya dalam dua dunia berbeza. Syamsul Yusof pengarah berpengalaman manakala Syahmi Sazli pengarah muda.

Mat kilau kandungan (content) dia berat dan dibawa baik oleh Syamsul Yusof. Dia mampu pikul keberatan isi kandungan dengan cara tersendiri. Dari segi pemilihan pelakon, pemilihan pasukan produksi sangat memain peranan.

35mm diarah oleh pengarah muda tetapi dia dah lama cipa fan based. Erti kata lain dia cipta projek kecil dulu baru pergi projek besar dan peminat terus sokong walaupun dia guna pelakon utama yang tak berada dalam arus perdana industri. Syahmi Sazli Production guna resipi yang berbeza dari template normal orang-orang industri

Apabila keduanya sudah cukup matang dalam memahami produk masing-masing, maka senjata seterusnya adalah promosi. Pasukan promosi yang dipilih memainkan peranan penting dalam menggembar-gemburkan produk mereka.

Walaupun keduanya jurang pengalaman dan game yang sangat jauh, tetapi keduanya tahu bermain dengan kos untuk meletakkan produk mereka dalam liga tersendiri.

Ibarat seorang niaga di kafe dan seorang niaga di tepi jalan. Tetapi dari pengiraan kos dan keuntungan, keduanya mencapai pulangan yang sama. Dari sudut perniagaan, dua-dua bijak.

Aku tak terlibat dalam Mat Kilau tapi aku kaji movie ini dari sudut perniagaan, everything on point. Syahmi Sazli bersama 35mm, produk ni supertele. Tapi untuk promosi barisan hadapan, dia mengeluarkan kos untuk poster mengikut price movie. Kesimpulan dia pandai main bajet, bahagian mana nak jimat dan bahagian mana nak lebih.

Kesimpulan secara kasar, pemilihan pelakon pentin. Jalan cerita penting, fan based penting, pemilihan pasukan produksi penting, pemilihan pasukan promosi penting dan komitmen pelakon juga penting.

Ada banyak contoh movie yang pelakon popular tapi tak laku. Pelakon ada visi dan misi tapi tak laku. Pengarah power tapi tak laku. Cerita power tapi x laku. Sebab apa? Sebab buat movie perlu melibatkan semua pasukan dalam produksi.

Baca juga: ‘Turun-turun harga barang, Hidup-hidup hidup rakyat’ bergema di Masjid Kampung Baru

Baca juga: Pengguna diingatkan bersedia harga minyak masak dijangka naik lagi hingga 40 peratus

Baca juga: Potong jalan raya sempit sampai hampir berlanggar, polis buru pemandu Hilux