Malaysia Dateline

Belanjawan 2023 yang tidak sempat dibahas akan dibentang semula sebelum akhir tahun

Umu tahu, Belanjawan 2023 tidak sempat dibahas dan diluluskan di Dewan Rakyat selepas perdana menteri mengumumkan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lalu.

Menjawab persoalan ramai tentang apa yang akan berlaku terhadap belanjawan yang sudah dibentang, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memaklumkan bahawa ianya akan dibentang lagi sekali.

Beliau berkata, belanajwan tersebut akan dibentangkan semula sebelum akhir tahun ini memandangkan pembubaraan Parlimen yang dibuat sebelum ia dibahas dan diluluskan.

“Kita dah umum bajet, macam-macam yang kita nak bagi kepada rakyat terutama orang kampung.

“Tetapi kita belum luluskan lagi, kita kena bentang dulu dan akan bentang sekali lagi sebelum akhir tahun ini,” katanya ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama peserta Felcra Berhad, pekebun kecil RISDA dan Tok Batin/Penghulu Orang Asli di Arena Merdeka┬áhari ini.

Ismail berkata, pelaksanaan bajet bukan seperti janji manifesto kerana apabila sudah dibentangkan, bermakna kerajaan telah bersedia untuk melaksanakannya.

Baca juga: Tujuan Umno menang PRU hanya untuk selamatkan pimpinan mereka dari dicaj

Baca juga: Pemandu lori penyebab dua rentung dalam kejadian kereta terbakar, sudah ditahan