Malaysia Dateline

‘Bila berjaya, dia tidak berlumba pamer kereta dan hidup mewah’, pempengaruh seperti Khairul Aming wajar dijadikan contoh

Budaya membina inspirasi yang sihat seperti kejayaan yang dikongsi pempengaruh media sosial yang juga chef selebriti, Khairul Aming, wajar dijadikan contoh oleh ‘influencer’ yang lain supaya memberi pengaruh baik kepada pengikut mereka.

Menurut Dr Azizul Azli Ahmad yang merupakan pelabur dan pakar hartanah yang banyak berkongsikan tips kewangan, beliau percaya inspirasi sihat yang perlu disematkan dalam pemikiran adalah apabila berjaya, mereka tidak berlumba mempamerkan kereta dan kehidupan yang mewah.

Katanya, hanya dengan konten yang sihat, Khairul Aming telah berjaya membina pengaruh dan melariskan jualan dengan baik.

“Budaya membina inspirasi yang sihat begini perlu ada dalam pemikiran founder atau mana mana influencer yang baik.

“Bila mereka berjaya, mereka tidak berlumba pamer kereta, kehidupan mewah, gaya hidup dan percutian hutang mereka.

“Khairul Aming berjaya buat jualan hingga RM14 juta dan dia sedang kembangkan kilang keduanya di Kota Bharu. “Ia bagi menjana ekonomi penduduk sekitarnya”. Ucapnya. Awesome bro!

“Bermula dengan konten yang sihat, baik, menarik dia berjaya membina pengaruh dan jualan sambalnya dengan baik. Tiada konten sampah dan buruk untuk lariskan jualan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Pada masa sama Dr Azli berkata, perkara dan nilai-nilai baik akan terus disokong agar generasi muda di depan nanti boleh melahirkan pempengaruh yang benar-benar memberi pengaruh baik.

Pada semalam, Kahirul Aming mengumumkan bakal membuka kilang keduanya bagi pengeluaran Sambal Nyet Berapi tidak lama lagi.

Pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman itu berkata, jualan produk sulungnya itu telah mencecah RM14 juta selepas dihasilkan sejak awal tahun lalu.

Untuk kilang kedua ini katanya, akan dijadikan tempat untuk menaikkan lagi produksi Sambal Nyet dan menjadi tempat persediaan untuk produk kedua selain menaikkan ekonomi tempatan

Baca juga: Kilang kedua Sambal Nyet Khairulaming bakal dibuka setelah jualan cecah RM14 juta

Baca juga: Petani jumpa serpihan roket tertusuk di ladangnya, dipercayai kepunyaan Elon Musk

Baca juga: ‘Geraklah ke depan sikit’, bebelan wanita tiga anak ini mengundang sindiran