Malaysia Dateline

Petani jumpa serpihan roket tertusuk di ladangnya, dipercayai kepunyaan Elon Musk

Seorang petani di Australia terkejut apabila mendapati satu serpihan besar roket tertusuk di tanahnya yang dipercayai telah berada di ruang angkasa sejak November 2020.

Ia selepas bunyi dentuman kuat didengari dari ladang tanaman yang hanya disedari oleh anak perempuannya. Petani tersebut, Mick Miners terus melakukan siasatan dan menjumpai serpihan tersebut.

Dilaporkan, serpihan roket SpaceX adalah milik lelaki paling kaya di dunia, Elon Musk yang dijumpai tertusuk ke dalam tanah milik petani dari Snowy Mountains di negeri New South Wales, Australia baru-baru ini.

Memetik laporan Agensi, objek berukuran tiga meter itu telah ditemui di selatan Jindabyne.

Sehubungan itu, seorang pakar ruang angkasa Universiti Nasional Australia, Brad Tucker memberitahu hos radio Ben Fordham dia kemudian dipanggil untuk menyiasat penemuan itu.

Tucker berkata, bahagian itu telah berada di angkasa lepas sejak November 2020 dan mula menyahorbit.

Menurutnya, serpihan itu pastinya sampah angkasa lepas yang merupakan sebahagian daripada komponen SpaceX Crew-1.

Agensi Angkasa Australia kini mengendalikan serpihan itu kerana terdapat protokol undang-undang, tambahnya.

Foto Mick Miners

Baca juga: Tular minyak paket hanyut di Laut Jawa-Netizen persoal kenapa buang? Di sini bukan main susah nak dapat

Baca juga: Asyik tuduh PH tapi Hadi tak sedar kes ibu curi Milo berlaku di Marang, Hadi perlu jawab 6 soalan ini

Baca juga: Pemergian Fajim Juffa sama seperti arwah bapanya, pernah terbabit dalam nahas pesawat pada 1989 hingga terkorban