Malaysia Dateline

BN nafi bincang dengan PN, yang langgar hilang status Ahli Parlimen

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan pihaknya ada berunding dengan GPS untuk membentuk kerajaan bersama Perikatan Nasional.

Dalam pada itu, mana-mana Ahli Parlimen BN yang memenangani PRU15 telah menandatangani akujanji dan memberi mandat kepada beliau selaku Presiden untuk menentukan apa-apa gabungan politik dalam penubuhan kerajaan.

“Saya juga ingin memaklumkan tiada sebarang perundingan dengan PN setakat ini yang boleh membawa maksud kepada antaranya persefahaman untuk membentuk kerajaan dengan gabungan berkenaan.

“Sehubungan itu, mana-mana Ahli Parlimen yang melanggar arahan parti akan mengakibatkan pelepasan keahlian parti termasuk kerusi Parlimen, selaras dengan undang-undang larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti seperti yang termaktub di bawah perraka 49A Perlembagaan Persekutuan,” kata Zahid dalam satu kenyataan awal malam ini.

Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Zahid dan disiarkan dalam facebook Barisan Nasional awal malam ini.

Zahid mengulas kenyataan Pengerusi Gabungan Parti Sarawaka (GPS) Abang Johari Openg yang berkata pihaknya bersetuju untuk membentuk kerajaan bersama PN, BN, Gabungan Rakyat Sarawak (GRS) dan bebas.

Sesetengah pihak pula mendakwa, mereka bukan akan bekerjasama dengan BN tetapi sebahagian dari Ahli Parlimen BN agar menyokong Tan Sri Mahiaddin Md Yassin sebagai perdana menteri.

Keputusan PRU 15. Gabungan yang paling mudah dan natural adalah PH + BN yang mencapai majoriti mudah 112 kerusi.

BACA JUGA PH dah dapat jumlah kerusi Parlimen lebih banyak dari PN – Anwar Ibrahim berhak jadi Perdana Menteri

JUGA Agong minta parti kemuka gabungan bentuk kerajaan