Malaysia Dateline

BNM naikkan OPR tiga kali berturut tahun ini, kini naik kepada 2.5 peratus

Di tengah-tengah kebimbangan dan desakan ramai agar pihak bank tidak menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang sudah dinaikkan dua kali sebelum ini, Bank Negara Malaysia (BNM) membuat pengumuman untuk terus menaikkan kadar tersebut hari ini.

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM membuat keputusan untuk menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus, kenaikan kali ketiga berturut-turut tahun ini.

Dalam kenyataan BNM berkata, ekonomi global terus berkembang meskipun pada kadar sederhana disebabkan oleh tekanan yang semakin meningkat, keadaan kewangan global yang lebih ketat serta langkah-langkah pembendungan yang ketat di China.

Walau bagaimanapun, pertumbuhan global terus disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang bertambah baik dan pembukaan semula sepenuhnya bagi kebanyakan ekonomi dan sempadan antarabangsa.

“Tekanan inflasi kekal tinggi disebabkan oleh harga komoditi semakin meningkat dan pasaran pekerja yang ketat, meskipun keadaan rantaian bekalan global semakin bertambah baik.

“Justeru, bank pusat dijangka terus melakukan penyesuaian tetapan dasar monetari, ada yang lebih pantas, bagi mengurangkan tekanan inflasi,,” menurut kenyataan tersebut..

Keputusan kenaikan OPR itu diputuskan MPC pada mesyuarat dasar monetarinya yang diadakan selama dua hari bermula semalam.

Baca juga: Pelakon remaja didakwa dicabul bapa akan terus jalani kaunseling bersama JKM

Baca juga: “Kena buat FB live jual getah ke?”, Sifu pemasaran dikritik lepas bagi tips nak naikkan jualan getah kena ada ‘marketing’