Pada semalam, telah berlangsungnya perlawanan Separuh Akhir Piala FA Malaysia yang menyaksikan Johor Darul Takzim (JDT) melangkah ke peringkat akhir dengan kemenangan besar 6-1 bertembung pasukan Penang FC.
Menghampiri minit-minit akhir, pemain JDT Arif Aiman Hanapi yang berjaya mencipta hatrik dengan jaringan tiga gol berturut-turut, diganti dengan Safawi Rashid.
Apa yang menarik perhatian, ketika pemain muda itu sedang berehat di kerusi simpanan, kamera yang sedang membuat siaran langsung perlawanan tersebut sempat merakam gelagat seorang gadis yang gigih mengambil gambar Arif yang berada di hadapannya ketika itu.
Reaksi gadis berkenaan yang dilihat sangat serius hingga menjuihkan bibir benar-benar mengundang gelak besar penonton yang menyaksikan siaran langsung semalam.

Gambar berkenaan juga tular di media sosial dengan rata-rata netizen meninggalkan komen lucu kerana mereka tidak dapat menahan tawa melihat reaksi gadis tersebut.
“Camera man pun sengaja fokus lama kat budak tu. Nasib kau lah,” usik pengguna Facebook.
“Harey muncung sungguh,” tulis pula pengguna lain dengan emoji gelak.
“Hahaha bayangkan dia tengo Facebook semua share gambar dia hahaha. Satu hari nanti kau akan terkenal dik. Satu stadium kenal kau,” seloroh pengguna lain pula.
Baca juga: Budak ‘intern’ pergi kerja guna duit untuk isi minyak, munasabahlah jika mereka tanya soal elaun
Baca juga: ‘Mat Kilau’ kongsi surat cinta budak sekolah, netizen nasihat ‘move on’ cari kekasih baru