Malaysia Dateline

Budak ‘intern’ pergi kerja guna duit untuk isi minyak, munasabahlah jika mereka tanya soal elaun

Isu elaun untuk pelajar-pelajar praktikal masih lagi menjadi perdebatan orang ramai di mana kebanyakan mereka tidak berpuas hati apabila pelajar praktikal sering dicemuh hanya kerana bertanyakan soal elaun.

Seperti ciapan seorang pengguna Twitter yang tular, individu berkenaan yang dikenali sebagai Mohammad Faeez Harith berkata, adalah munasabah untuk mana-mana pelajar praktikal bertanyakan soal elaun, kerana hakikatnya mereka juga bekerja dan memerlukan kos untuk menampung perbelanjaan harian.

Dia juga tidak bersetuju jika ada mengatakan pelajar tidak wajib mendapat elaun sepanjang menjalani program praktikal yang ditetapkan pihak universiti.

“Bebudak praktikal (intern) bergerak ke pejabat tuan-puan kena guna duit juga untuk isi minyak kereta, bukan guna air kolah mesjid.

“Makan minum lagi. Munasabahlah kalau dia tanya elaun. Walaupun tu sebahagian proses belajar dia, dia masih bekerja kot. Haih, tak paham aku.

“Lainlah kalau permintaannya yang bukan-bukan. Beza tu pergi praktikum dengan kuliah dalam kampus.Dalam kampus bolehlah nak jalan kaki kalau kampus kecil.K alau besar, mampus. Inikan pulak kat luar,” tulisnya.

Ciapan tersebut menarik perhatian ramai yang turut bersetuju dengan kenyataan itu. Mereka memberitahu, sebenarnya beban kerja yang ditanggung pelajar intern adalah sama dengan pekerja tetap dan kerana itu memang patut untuk pelajar mendapat elaun mereka sendiri.

Daripada reaksi kebanyakan netizen, mereka mendakwa dibayar elaun sangat rendah, bahkan mendakwa tidak dibayar elaun langsung walaupun bekerja di Putrajaya.

“Cakap pasal elaun, ada satu agensi kerajaan di Putrajaya yang masih tak bayar elaun pelajar praktikal. Yang cuma diberikan adalah makan tengahari. Bila ditanya, katanya memang biasa agensi kerajaan tak bayar elaun. Padanlah masih ada yang biasakan benda ni, sebab kerajaan sendiri yang membiarkannya,” luah pengguna Twitter.

“Bukan dekat Putrajaya je sis, satu Malaysia. Mana-mana jabatan gomen tak bagi elaun, kalau ada pun below RM250,” balas pula pengguna lain.

“2019 aku intern dapat elaun RM300, dekat Kedah. boleh survive pun sebab tumpang rumah makcik, kereta pun dia kasi pinjam. kenapa ada yang bodoh pertikakan pasal elaun intern ni? Memang kos transportation makan minum ni boleh bayar pakai niat je,” sindir pengguna lain pula.

Pada 2019, Syed Saddiq mengumumkan bahawa kadar elaun bagi anak muda yang menjalani latihan praktikal di kementerian, agensi atau jabatan kerajaan akan dinaikkan daripada RM300 sebulan kepada kira-kira RM900 sebulan.

Bagaimanapun kadar tersebut tidak terpakai untuk sektor swasta walaupun ada seruan untuk pihak swasta mengikut jejak langkah kerajaan.

Baca juga: Jangan terkejut ada suami kerap diterajang isteri, ini patut mangsa dera buat

Baca juga: Apa maksud merungkai perlembagaan? Ini penjelasan pengamal undang-undang

Baca juga: “Alaa…hantar ni pun caj RM3?”-Pemuda ini cerita kenapa caj penghantaran tak patut dianggap mahal, banyak risiko mereka hadap