Pas sedang berusaha merayu untuk bersama kembali dengan Umno yang telah memberi kata dua pada Pas kerana menduakannya dengan hubungan curang dua kolam dengan Bersatu
Pada masa yang sama, ahli Umno yang amat terluka atas kecurangan Pas, menyoal apakah Pas kebal dari dosa apabila bermain cinta dua kolam sekarang dan dahulu meniup kebencian menjatuhkan hukum kafir kepada ahli Umno pada tahun 1981?
Adakah begitu mudah berlaku curang sekali lagi pada “suami” Umno sekarang dengan bersekedudukan dengan Bersatu tanpa meminta maaf dosa lama iaitu tentang amanat Haji Hadi dalam isu kafir ke atas Umno dahulu?
Adakah begitu mudah Pas menghapuskan dosa lamanya tanpa meminta maaf kepada Umno dengan hanya memadam amanat Haji Hadi dari portal JAKIM setelah menjadi kerajaan dan menjadi menteri agama?
Ramai hairan bagaimana amanat Banggol Peradong oleh Haji Hadi yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai ajaran sesat, telah hilang dipadam begitu sahaja dari portal dan kini keluar pula tuduhan baru ahli Pakatan Harapan tidak beriman walaupun ramai kami dalam PH beragama Islam.
Presiden Pas Haji Hadi menuduh kami dalam PH sebagai tidak beriman dan Umno pula “khafir”, sementara Mursridhul Aam Pas, Hashim Jasin, pula menyeru semua parti majoriti orang Islam “bersatu” dengan Pas!
Tidak hairanlah Umno Terengganu telah memutuskan untuk bergerak solo untuk menjatuhkan Pas di Terengganu.
Sanggupkah ahli-ahli Umno khususnya di Terengganu yang menjadi sasaran utama hebat takfiri dari Pas kembali bersekedudukan bersama Pas yang kini berlaku curang dengan Bersatu?
Tepuk dada tanya iman.
Baca juga: Anwar tanding di kerusi pengkhianat tindakan berani, ini baru pahlawan namanya!