Malaysia Dateline

Ekonomi dunia 2023 terus dijangka menguncup – Pakar ekonomi tanya ‘are we ready?”

Unjuran pertumbuhan ekonomi dunia untuk tahun 2023 diturunkan kepada 2.7 peratus, kata pakar, Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali.

Beliau memetik angka tertera dalam World Economic Outloook terkini yang juga memperincikan unjuran pertumbuhan ekonomi bagi enam wilayah dunia.

Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali.

Menurut laporan dikeluarkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) itu, unjuran pertumbuhan ekonomi bagi Eropah hanya 0.5 peratus manakala 1.0 peratus bagi Amerika Syarikat (AS).

Asia Tenggara pula diramal merekodkan pertumbuhan ekonomi tertinggi di dunia dengan 4.9 peratus manakala China (4.4 peratus) manakala Timur Tengah dan Asia Tengah dijangka mencatat 3.6 peratus.

“Terkini. Hampir semua negara maju yang merupakan destinasi utama eksport Malaysia akan mengalami pertumbuhan yang rendah.

“Kalau permintaan global lemah, ertinya ekonomi Malaysia harus bergantung kepada ekonomi dalam negara.

Are we ready? Saringkan inisiatif Bajet 2023. Yang mana akan tingkatkan permintaan dalam negara?” tambah Dr Noor Azlan lagi.

Sebelum ini, Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM) berkenaan mengingatkan Malaysia perlu bersedia dan mempunyai rancangan awal berdepan dengan kelembapan atau air surut ekonomi global 2023.

Beliau turut mengingatkan pentingnya kerajaan, industri dan rakyat mempunyai komitmen tinggi untuk mencari jalan penyelesaian terhadap 15 permasalahan struktur yang sekian lama dialami negara ini.

Baca juga Bajet 2023: Ini senarai 15 masalah struktur yang dibimbangi pakar – Jangan dibiar nanti makin susah ditangani

Baca juga Wah! Robot humanoid ini boleh bercakap dengan orang