Nampaknya bakat Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu semakin terserlah apabila bukan sahaja pernah merakam lagu raya dengan penyanyi popular, bahkan kini muncul pula dalam satu sedutan drama yang berjudul Ratu Ten Pin 2.
Sedutan drama yang tular semalam memang benar-benar menarik perhatian warganet apabila lakonan yang dibawanya dipuji mantap walaupun agak ‘cringe’ bagi rata-rata penonton yang melihatnya.
Dalam video tersebut, Faizal dilihat berlakon mempertahankan dan melindungi atlet sukan boling kebangsaan iaitu Shalin Zulkifli daripada dibaling telur oleh seorang lelaki.
Adegan Faizal dibaling telur merupakan babak yang paling disebut-sebut di mana netizen berseloroh dan berkata sanggup menjadi pelakon tidak berbayar hanya untuk baling telur kepada Peja.
“Kalau bagi tawaran percuma dekat aku untuk baling telur dekat Peja tu pun, aku sanggup ambil cuti tahunan aku,” komen pengguna Twitter.
“Aku kalau tak ada cuti aku sanggup ambil MC bang!,” balas pula pengguna lain.
Ada juga yang berkata babak tersebut mungkin sengaja direka pihak pengarah untuk melihat Peja dibaling telur.
Difahamkan, penampilan khas Faizal itu disiarkan drama arahan JS Pictures Sdn Bhd yang dikendalikan Sheila Rusly.
Bagaimanapun di sebalik pembabitan Faizal dalam lakonan drama, netizen juga sempat mengkritik prestasi beliau sebagai menteri.
“Menyanyi boleh, menari joget pun dia hebat, sekarang berlakon pula. Buat kerja menteri je dia belum tunjuk,”.
“Menteri-menteri dekat Malaysia ni masing-masing berbakat luar biasa. Selain jadi menteri, mereka juga jadi boleh jadi model, jadi pelakon, magician pun boleh ya. Pelawak dan badut jangan cakaplah,” komen pengguna Twitter.
Apa kata anda? Lakonan Peja memang nampak natural tapi rasanya beliau kena fokus pada tugas sebagai menteri sebab netizen ni masa tengah suka memang puji melambung. Tengah marah nanti habis video ni kena ungkit!
Baca juga: Macam inilah nasib rakyat marhaen di KL, ramai mengeluh bersesak dalam LRT pada waktu puncak
Baca juga: Kawal dulu ketirisan, naikkan OPR sepatutnya jadi pilihan terakhir kerajaan
Baca juga: Rizal mengaku tidak bersalah muat naik video sentuh isu sensitiviti perkauman