Malaysia Dateline

Google Doodle lakar ilustrasi memperingati Zoologi terkenal, Dr Lim Boo Liat

Jika anda membuka Google hari ini, anda akan melihat ilustrasi Dr. Lim Boo Liat yang merupakan seorang Zoologi ternama dan pengasas kepada Zoo Negara.

Ilustrasi berkenaan merupakan penghormatan dari Doodle Google bagi memperingati mendiang Dr. Lim, yang pada tarikh ini pada tahun 2003 menerima anugerah Ahli Kehormat ASM.

Beliau menerima Anugerah Ahli Mehormat ASM atau Keahlian Kehormat kepada Persatuan Ahli Mamalia Amerika (dikenali sebagai American Society of Mammalogists, atau ASM) untuk sumbangan cemerlang beliau kepada ilmu sains mamalia.

Beliau telah membantu menubuhkan Zoo Negara dan telah menulis lebih daripada 300 penerbitan saintifik tentang mamalia dan parasitologi.

Beliau merupakan orang Asia Tenggara pertama (dan orang Asia ke-empat) untuk menjadi seorang Ahli Kehormat ASM, sebuah anugerah yang diasaskan pada tahun 1919.

Difahamkan, sumbangan Dr Boo Liat amat besar dalam bidang berkenaan sehingga beberapa spesis telah dinamakan sempena namanya.

Antaranya seperti ular Oligodon booliati, protozoa Sarcocytis booliati, katak Kalophrynus limbooliati, pinjal Medwayellia limi, chigger Babiangia booliati, dan cacing parasit Helimonella limbooliati, Plasmodium booliati, dan Brienlia booliati.

Tentang Dr. Lim Boo Liat

Dr. Lim dilahirkan pada 21 Ogos 1926 di Klang, Selangor. Beliau mula terdedah kepada haiwan dan serangga kecil semasa di sekolah menengah apabila sering pergi ke taman sekolah tersebut.

Pada tahun 1944, Dr Lim ke Pulau Carey di persisiran pantai Selangor. Di sana, beliau telah berkawan dengan sekumpulan Orang Asli serta belajar untuk mengenal pasti pelbagai haiwan daripada mereka.

Beliau meninggal pada tahun 2020 ketika umurnya 93 tahun. Hari ini, karya beliau diiktiraf dan telah dipetik dalam banyak jurnall dan penerbitan seluruh dunia.

Baca juga: PM digesa perbetul fakta, Politeknik Ungku Omar bukan yang terawal perkenalkan TVET

Baca juga: Nak menangis ulang penerangan, cikgu ini cabar penggubal soalan ajar sekelas 40 murid

Baca juga: Waspada semua !!! Penyelidik dedah Asia akan hadapi inflasi makanan, harga akan melambung naik!