Malaysia Dateline

Hentikan segera aktiviti perlombongan di kawasan habitat hidupan liar dekat Gerik

Kerajaan didesak supaya memberhentikan dengan segera aktiviti perlombongan khususnya di kawasan Hulu Perak yang didakwa amat kaya dengan hasil mineral dan alam semulajadi. 

Dr Ahmad Safwan Mohamad, Ketua Cabang PKR Gerik dalam kenyataan beliau hari ini berkata, laporan tentang penodaan hutan dan kawasan habitat hidupan liar di Gerik demi perlombongan elemen Nadir Bumi(Rare Earth Element), Lantanida, bakal mengakibatkan kehilangan habitat haiwan liar serta sekaligus boleh menyebabkan kepupusan atau pun penghijrahan mereka ke kawasan lain. 

“Kami amat bimbang kerana penodaan ini akan mengancam keselamatan rakyat di Gerik melalui hakisan tanah, banjir dan pencemaran alam yang lain. 

” Persoalannya, bukankah penerokaan kawasan hutan yang dikatakan seluas ribuan ekar itu, amat kaya dengan hasil mineral dan alam semulajadi serta sumber ini perlu dijaga agar ia tidak hanya menjadi sejarah yang dikenang oleh generasi masa depan melalui buku teks sahaja. 

“Bukankah kawasan tersebut termasuk di dalam ‘Central Forest Spine’ yang dikatakan sebagai kawasan hutan yang paling berharga dimiliki oleh Malaysia dan seharusnya ia tidak dinodai,” ujar beliau. 

Tambahnya, kajian yang dibuat oleh kumpulan ‘Environmental Solutions Initiative’ menyatakan bahawa sebahagian dari logam ini dalam keadaan tertentu, boleh menghasilkan ‘oxidative stress’ dan kerosakan pada DNA yang boleh mengakibatkan kanser. 

Baca juga: Faiz segera atasi masalah sungai, parit selepas aduan penduduk Dun Permatang Pasir

Baca juga: Beri manfaat kontrak balak pada keluarga termasuk dalam kesalahan jenayah