Kecurian REE di Kedah, MB jangan biar rakyat tertanya-tanya

Oleh KIM SYAZIE

Ada perkara yang tidak kena dalam isu kecurian unsur nadir bumi (REE) di Bukit Enggang, Sik dan menjadi tanda tanya kepada rakyat Kedah khususnya penduduk sekitar kawasan Sik. 

Adun Pengkalan Kundor, Datuk Dr Ismail Salleh turut mempersoalkan siapakah sebenarnya yang terlibat dalam kecurian REE tersebut dan apakah tindakan kerajaan negeri bagi memastikan bahawa aktiviti terbabit tidak berlaku atau berterusan. 

“Adalah difahamkan syarikat yang diberi lesen untuk melakukan eksplorasi REE ini adalah Prospek Suria (Kedah) Sdn Bhd yang mempunyai lima pengarah dimana syarikat ini menguasai 85 peratus pegangan saham dan selebihnya oleh Menteri Besar Incorporated (MBI). 

“Sebelum ini pada 7 Oktober 2022 MB Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor melalui sidang media beliau telah menafikan penglibatan Prospek Suria Sdn Bhd dalam sindiket kecurian tersebut serta juga perlombongan haram itu berlaku di atas tanah milik MBI. 

“Beberapa laporan polis dan juga kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  telah dibuat mengenai kecurian REE tersebut. Namun begitu belum kelihatan tindakan drastik samada dari Pejabat Tanah dan Galian maupun Jabatan Mineral dan Geosains berkaitan perlombongan haram dan kecurian unsur nadi bumi tersebut, ” tegas beliau yang juga merupakan Timbalan Pengerusi AMANAH Kedah. 

Tambahnya, semua kejadian terbabit mengundang pelbagai persoalan tentang siapa yang sebenarnya terlibat dalam kecurian tersebut. 

Malah katanya, rakyat Sik berada dalam. kebimbangan dan takut kemungkinan terdedah kepada bahan radioaktif yang masuk ke lembangan Bukit Enggang dan seterusnya mengalir ke Sungai Muda dan sebahagiannya pula ke Tasik Beris. 

Sehubungan itu saran beliau, MB sewajarnya tampil ke hadapan bagi menyelesaikan isu ini dengan segera. Seandainya ia tidak dilaksanakan maka rakyat Kedah perlu menghukum beliau dalam pilihan raya umum ke-15 nanti. 

Keadaan kawasan yang didakwa terlibat dengan aktiviti kecurian unsur nadi bumi di sekitar Bukit Enggang, Sik, Kedah.
Keadaan kawasan yang didakwa terlibat dengan aktiviti kecurian unsur nadi bumi di sekitar Bukit Enggang, Sik, Kedah. 

Baca juga: Kerajaan Pulau Pinang akur tak bubar DUN, akan fokus pada hal mendesak seperti banjir

Baca juga: Pakar kewangan nasihat anak muda bersedia dengan ‘exit plan’, ekonomi gig tidak akan bertahan lama