Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan masih belum memudar namanya apabila baru-baru ini, filem yang berkisarkan tentang semangat juang bangsa Melayu menentang British itu ditayang buat pertama kalinya di Gaza, Palestin.
Filem epik yang ditayangkan di Gaza itu adalah bersempena dengan Pameran ‘A Story Behind A Photo’ yang telah dianjurkan oleh organisasi bukan kerajaan (NGO) Cinta Gaza Malaysia (CGM).
Malaysia sentiasa menjadi saudara rapat dengan Palestin bahkan di beberapa tempat jelas terlihat bendera Malaysia berkibar di tanah itu.
“Tayangan Perdana Filem Mat Kilau di Malaysian Business Incubator, Gaza, dihadiri ratusan penduduk tempatan.
“Sejarah Palestin dan Malaysia tak jauh berbeza. Dijajah British, ditipu dengan alasan membawa kemajuan, dilawan dan dikhianati pembelot.
“Bezanya Malaysia telah merdeka, dan Palestin masih memerlukan kita untuk mengecapi apa yang ada di tangan kita. Turut ditayangkan dalam sesi ini ialah filem Paskal.
“Tahniah seluruh pasukan Mat Kilau!,” tulis Nadir Al-Nuri di Facebook.

Baca juga: Video ini tunjuk layanan ‘dua darjat’ rakyat Malaysia kepada Mat Saleh vs warga Nepal