Malaysia Dateline

Lampu dah merah tapi konvoi skuter masih tak berhenti, kenderaan lain pula terpaksa mengalah

Seorang warga maya memuatnaik satu rakaman di mana dia terpaksa memberhentikan kenderaannya selepas seorang penunggang motosikal, bertindak suka-suka hati menjadi pengiring yang mengawal lalu lintas untuk sebuah konvoi skuter.

Untuk pengetahuan, ‘marshal’ atau pengiring konvoi tiada kuasa untuk menyuruh mana-mana pengguna jalan raya memberi laluan kepada konvoi mereka apatah lagi mengawal lalu lintas sesuka hati.

Penggunaan marshall dalam sesuatu pertandingan, konvoi atau apa jua program mestilah dihadiri dengan polis trafik.

Tetapi untuk konvoi skuter ini, tidak kelihatan mana-mana polis trafik ada bersama mereka. Pemilik kamera papan pemuka (dashcam) mendakwa, dia diberhentikan di persimpangan jalan menuju ke hospital walhal lampu isyarat sudah pun bertukar hijau bagi laluannya.

Tetapi ‘marshal’ itu menahan kenderaannya untuk memastikan kesemua peserta konvoi sudah melalui persimpangan itu.

“Konvoi bang..(konvoi ini semua) jenis tak ada brek nak berhenti dekat traffic light..orang nak pi hospital pula yang kena tunggu bagi laluan kat dia,” tulis pemilik dashcam tersebut yang bernama Mohd Akrie.

Sekadar info, orang awam atau pengguna jalan raya boleh mengingkari perintah mashall ini sekiranya mereka melakukan tugas-tugas trafik seperti meminta anda memberikan laluan, memberhentikan kenderaan di persimpangan jalan, melencongkan kenderaan anda dan pelbagai lagi.

Mana-mana individu atau kumpulan yang menjalankan tugas trafik tanpa anggota trafik boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 21 Akta Polis 1967 atau Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca juga: Tular memo pegawai kanan polis diminta bayar RM30 untuk kenduri kahwin anak Ketua Polis KL

Baca juga: Tak apa, semalam padang licin dik – Netizen terhibur tengok adik ini nangis siap campak baju lepas Malaysia kalah