Lebih 100 jemaah haji fail saman RM3 juta, rupanya sampai hari ini seorang pun belum terima ganti rugi. Ini yang anda perlu tahu

Oleh KIM SYAZIE

Pada awal Julai lalu, berita 400 jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gara-gara ditipu oleh sebuah syarikat agensi pelancongan, tular sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Selepas 12jam terkandas, pihak agensi pelancongan tersebut iaitu UC Travel telah memohon maaf dan menafikan mereka adalah scammer, selain berjanji akan memulangkan semula duit para jemaah.

Namun difahamkan, kebanyakan bakal jemaah haji yang terlibat dalam insiden tersebut sehingga kini masih belum menerima sebarang ganti rugi, walaupun didakwa akan menyelesaikannya secara berperingkat.

Perkembangan terbaru, dilaporkan seramai 111 bakal jemaah haji telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi terhadap syarikat agensi pelancongan yang didakwa terlibat dalam penipuan pakej haji.

Tuntutan yang dianggarkan berjumlah RM3 juta, beserta ganti rugi emosi dan teladan, difailkan melalui firma guaman Tetuan Toriq Seth and Partner.

“Sebahagian besar (bakal jemaah) pada 7 Julai masih menanti (ganti rugi) daripada agensi tersebut. Mereka berjaya menyakinkan pihak jemaah untuk tunggu, tunggu dan percaya kepada mereka atas nama agama Islam dan sebagainya.

“Maka (bakal jemaah haji) percaya. Sampai hari kejadian, butiran pesawat yang diberikan tidak wujud.

“Pihak jemaah yang terlibat telah bersedia dengan maklumat dan dokumen masing-masing untuk meneruskan dengan tuntutan,” kata wakil peguam, Muhammad Nazrin Mohd Seth dalam sidang media semalam.

Selain itu, Muhammad Nazrin juga menggesa kerajaan terutamanya Kementerian Kesenian dan Budaya (MOTAC) untuk melaksanakan penguatkuasaan seperti mana diperuntukkan bawah Akta Industri Pelancongan 1992.

“MOTAC boleh melakukan siasatan selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 41 akta tersebut berhubung peristiwa yang telah berlaku,” ujarnya.

Mengulas lanjut, terdapat kira-kira 100 laporan polis telah dibuat bakal jemaah terlibat, namun didakwa hanya sebahagian sahaja yang telah dipanggil untuk memberi keterangan.

Malah, Nazrin berkata, terdapat juga laporan tambahan yang mana bakal jemaah memaklumkan pihak agensi telah meminta 10 jap cari mereka untuk tujuan pemprosesan visa.

Baca juga: Ada orang jual tar keliling taman? Pemuda ini ingatkan jangan beli, lapor je dekat JKR

Baca juga: Pengantin perempuan ditinggalkan bakal suami kerana ibu mendakwa hodoh dan pendek

Baca juga: Khalid Ibrahim meninggal dunia, disemadikan di Makam Di Raja Shah Alam